Thursday, March 5, 2009
sabar jak la aku!
Monday, March 2, 2009
wanita....
Yang mana menggambarkan diri anda ?....WANITA
WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
do u know?
benarkah wanita memilih?
Namun, tidak salah jika seorang wanita berkerjaya belum bersuami.
Bukan suatu perkara yang pelik jika wanita berusia 30-an belum mempunyai pasangan.
Mungkin dia mengambil sikap berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya.
Mungkin dia belum ketemu jejaka yang bakal melindungi dan sama-sama meniti hari tua.
Tiada siapa yang inginkan mahligai yang dibina bergoyah akibat sikap terburu-buru dalam memilih pasangan.
Rasanya tidak salah jika setiap wanita mengambil langkah yang lebih teliti dalam menyediakan diri untuk menerima seorang lelaki dalam hidupnya, kan?
Usah terperangkap dengan janji-janji kosong yang ditaburkan semata-mata kita terdesak dalam mencari pasangan hidup.
Apa guna jika mempunyai suami sekadar sedap mata orang memandang, tetapi tidak menjamin kehidupan kita! Tiada wanita yang mahu mengorbankan dirinya untuk suatu kehidupan yang bercelaru akibat menerima seorang lelaki tanpa usul periksa.
Allah telah menetapkan seorang suami sebagai pemimpin bagi setiap keluarganya.
Jadi, sudah pasti wanita mahukan lelaki yang benar-benar layak menjadi ketua keluarga dan memimpin dirinya serta anak-anaknya.
Jadi sebelum membuat keputusan untuk memilih pasangan hidup, eloklah jika kita mengenali dahulu diri `teman' kita itu manalah tahu jika 'si dia' pemegang title `MBA'(Married But Available).
Bagi anda yang masih tercari-cari CINTA, jangan mudah terpedaya dengan masa.
Ketahuilah, kadang-kadang usia boleh mematangkan kita.
Tidak sukar untuk menilai lelaki yang jujur dalam perhubungan.
Gunakan segala pancaindera kita.
Jangan pula membutakan mata dan memekakkan telinga akibat terlalu asyik dengan cinta. Kadang-kadang, pandangan dari orang lain juga harus diambilkira dalam memilih pasangan.
Namun ingatlah teman, sebagai manusia kita hanya mampu merancang.
Hanya Yang Berkuasa yang menentukan segalanya.
Usah dikesal jika jodoh tidak berpanjangan walaupun kita berusaha untuk menyelamatkannya.
Bukan kita silap memilih atau silap perhitungan.
Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
class..


ni ms dok sibuk isi borng posting..due date da smpai, mcm2 karenah ble nmpk..tgk le pic org yg tgh peace tu..hehe, smpt lg posing..pic ats 2 ms org present tp wt keje lain..(isi borng la..hhehe), skali us ckp nak tnya soalan lpas hbis present sume stat menyalin..tp tabiat aku ni, x suka menulis..huu,kng nk cri nota bru kalut2 cri sume..tp betul us tnya..igtkan us just nak 'ugut' je..pic yg 2nd 2 pas abis klas dlm proses nk kumpul sume borng..alhamdulilah..kmi da anta da lega la.cam kurang satu beban.ye la dok menjaga borng 2 takut kusut lipat sana, lipat sni..pdhl sbnrny mmg lega sbb da bgi blik.slagi dlm tgn slagi hati x tenang...Ya Allah..mudah-mudahan segala permohonan kmi diterima...AMIN....





