Thursday, July 2, 2009

salam...

tinggal lagi 1 week...hooooo, i love my student.. 1 Takwa, 1 Amanah...

Wednesday, May 6, 2009

my day at smk dato' mustaffa...

salam...
today is hr ketiga kt skola,try2 wireless dpt..alhamdulilah..senang skit keja nk cri bahan2..rindu ngan suma org..rindu kwan smpi..rindu kl, rindu fmly...jap ga ada klas..

Wednesday, April 29, 2009

Wanita bercakap empat tahun dalam telefon


SEORANG wanita berbual
menerusi telefon. - Gambar hiasan


LONDON - Wanita-wanita yang suka bercakap didapati meluangkan masa lebih daripada empat tahun sepanjang hidup mereka dengan berbual di telefon, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh phonepiggybank.com membuktikan kebanyakan wanita secara purata menerima dan melakukan panggilan telefon sebanyak 288,000 kali iaitu 42,000 jam atau 4.75 tahun dalam seumur hidup berbanding lelaki.

Lelaki didapati membuat 277,000 panggilan sepanjang hidup mereka yang mengambil masa purata selama 28,500 jam atau 3.25 tahun.

Hampir 55 peratus dari panggilan yang dilakukan adalah membabitkan kerja manakala 45 peratus lagi untuk tujuan peribadi.

Namun begitu, tempoh satu panggilan peribadi adalah lebih lama sehingga mencecah selama 10 minit berbanding panggilan kerja yang dilakukan kurang dari lima minit.

Wanita di London dikesan menghabiskan masa selama 14 jam 16 minit seminggu bercakap melalui telefon diikuti dengan gadis Liverpool mencapai 13 jam 48 minit seminggu manakala wanita di Birmingham bercakap selama 13 jam 27 minit.

"Mudah tersasar dari masa yang ditetapkan ketika bercakap melalui telefon. Wanita lebih cenderung bercakap berbanding lelaki," kata jurucakap phonepiggybank.com. - Agensi

kredit-kosmo!

Monday, April 27, 2009

Friday, April 24, 2009

Tip Ketenteraman Hati

1- Rajin mengerjakan solat. Ibadat solat apabila dilakukan secara sedar dan dengan penuh keinsafan akan menjadi sumber yang betul menyembuhkan jiwa. Ia kaedah terbaik melegakan tekanan.

2- Sebelum tidur setiap hari, seseorang Muslim dianjurkan membaca surah al-Fatihah dan tiga surah terakhir al-Quran, lalu ditiupkan pada tangan dan disapu di seluruh badan, seelok-eloknya tiga kali.

3- Sewajarnya setiap Muslim membaca sekurang-kurangnya 10 ayat al-Quran setiap hari.

4- Mendengar al-Quran sekerap yang mungkin dan cuba memainkan rakaman bacaan ayat suci sepanjang masa.

5- Individu Muslim juga dinasihat memastikan diri sibuk melakukan sesuatu yang berfaedah kerana jika anda tidak menyibukkan diri dengan kerja baik, syaitan akan memastikan anda sibuk dengan kerja negatif.

6- Berdoa kepada Allah, mohon dijauhkan kejahatan, kedukaan dan kesempitan sebaliknya didekatkan dengan kebaikan, kelapangan serta kebahagiaan.

aku meminta kepada TUHAN..

Aku meminta kepada Tuhan untuk menyingkirkan penderitaanku. Tuhan menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menyempurnakan kecacatanku.
Tuhan menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menghadiahkanku kesabaran.
Tuhan menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.

Aku meminta kepada Tuhan untuk memberiku kebahagiaan.
Tuhan menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menjauhkan penderitaan.
Tuhan menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menumbuhkan rohku. Tuhan menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.

Aku meminta kepada Tuhan segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup. Tuhan menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada Tuhan membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku. Tuhan menjawab.., akhirnya kau mengerti. HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

nilai kasih IBU

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : $17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerungsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,”Saya Sayangkan Ibu”.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada mukasurat yang ditulisnya.

english today...

My Big Sister

my big sister comes to get me after school. my big sister helps me find my water bottle. she carries my bag. it is very heavy. we walk to our shop. my mother and father are very busy. my big sister makes me some noodles. she gets me a drink. my big sister helps me with my homework. we play with our baby brother. my mother and father are still very busy. my big sister carries me upstairs. my big sister goes to sleep too...good night...

Monday, April 20, 2009

Persediaan Pengajaran

Persediaan Pengajaran

1. Sediakan tajuk pengajaran

2. sediakan bahan pengajaran secara terperinci, terutamanya mengenai:

  1. Apakah konsep penting dalam tajuk
  2. Apakah isi-si penting
  3. Apakah kata kunci yang perlu diingat oleh pelajar berkaitan tajuk
  4. Rajah dan alat bantu ajar (transparensi/carta rajah)
  5. Gambar-gambar yang boleh ditunjukkan
  6. Contoh yang berkaitan
  7. kesimpulan yang disampaikan

3. Fikir, sediakan dan susun urutan kaedah persembahan, terutamanya tentang:

  1. Induksi set
  2. kaedah interaksi
  3. Soalan yang perlu dikemukakan sepanjang persembahan

Siapa itu Guru?

``Mengajar atau menjadi guru merupakan satu tugas yang sangat mulia, murni dan menguntungkan. ia merupakan satu tugas yang boleh dan menjamin ke arah membawa seorang itu masuk syurga.....''

``Tiada seorang guru yang paling unggul, berkesan dalam mengajar, dan mempunyai sikap yang luhur di permukaan bumi ini, melainkan Nabi Muhammad s.s.w. Dalam semua aspek pengajaran, baik dari segi bahan, teknik penyampaian, sikap mahupun sifat-sifatnya boleh dijadikan teladan oleh semua ummah di dunia ini untuk menghasilkan pengajaran berkesan.''

Orang yang mengajar dikenali sebagai guru. Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'.

Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, GURU bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Maksud Mengajar

mengajar sebenarnya bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan maklumat, memberi galakan, membimbing, memberi dan meningkatkan kemahiran, meningkatkan keyakinan, menanam nilai-nilai murni dan luhur kepada para pelajar yang belum mengetahui.

Ia bukan sekadar menyampaikan maklumat atau bahan pengajaran dalam sebuah kelas. lebih mendukacitakan lagi jika proses mengajar dianggap sekadar menyampai maklumat dan menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulum.

Proses mengajar mempunyai konsep yang sangat luas, ia bertujuan untuk menjadikan seseorang individu itu lebih bertanggungjawab dan mampu menjana fikirannya untuk terus bahagia dan berjaya mengatasi cabaran yang akan dihadapai. Ini hanya akan dicapai sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan mencapai tahap pengajaran berkesan.

Peranan dan Tugas Mengajar

Setiap guru seharusnya mengetahui peranan dan tugas mereka secara terperinci jika mereka ingin berusaha melakukan dan menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Di antara tugas seorang guru ialah

  1. menyampaikan ilmu pengetahuan
  2. menyampaikan maklumat
  3. menyampai dan
  4. memberi kemahiran serta
  5. memupuk nilai-nilai murni dan luhur sebagaimana yang telah disebutkan di atas.

Manakala peranan guru pula ialah sebagai pembimbing, pendidik, pembaharu, contoh dan teladan, pencari dan penyelidik, penasihat dan kaunselor, pencipta dan pereka, pencerita dan pelakon, penggalak dan perangsang, pengilham cita-cita, pengurus dan perancang, penilai, pemerhati, rakan dan kawan pelajar, doktor dan pengubat, penguat kuasa, pemberi petunjuk orang yang berwibawa dan sebagainya.

Jelas menunjukkan bahawa menjadi seorang guru merupakan satu tugas dan peranan yang agak berat.

Sebenarnya, jika anda anggap tugas itu berat, maka beratlah ia. Jika anda terima ia sebagai satu cabaran dengan cara yang positif, maka mudahlah ia.

for more information:http://www.tutor.com.my/

sakit hati....!

1. sakit hati-aku jelah

2. sakit hati-disalahertikan

3. sakit hati-ambik hati kut

4. sakit ulu hati.....

Sunday, April 19, 2009

this week~

1. rajin makan, study jap, tdo...:D heeee~

2. otak serabut = LM

3. berjuang habis-habisan meng....hoooo~

4. aku amik kesempatan ini aku tadahkan sepuluh jari jemari gebu ku ini memohon kemaafan, keampunan dari semua yang bergelar kawanku yang tnpa dsedari d kasari olah insan kerdil lg dhaif ini, saya cuma insan biasa yg mempunyai kesensitifan yang tinggi..huuuuu~,maafkan la salah silap ku dalam percakapan, perbuatan, mimik muka dan segalanya.. em,klu bukan skrg pun, mst suatu hri igt..(c meng slalu ckp cm ni tau: itu la...)..hooo, mudah2n LM kita berjalan dengan lncar..xnak da pisang berbuah berkali-kali..biarlah dia berbuah skali je tp sempurna semuanya, cukup tandannya, cukup masaknya suma la..lastly, do yg the very best! dlm xam ni ya...bahagialah yg amik 1 paper jak 2...huuuu, xpe2...aku pun tgh bahagia skrg.bahagia mengulangkaji pelajaran....insyAllah kita semua kan berjaya..dunia dan akhirat..i love u all...

Friday, April 10, 2009

always in my memory...

salam...akhirnya stlh 12 thn bersama-sama dari budak hingusan smpai la jd budak "u"...inilah kami..pya, naj, aku..x-semekarian 01.1st batch of forveci..aku tau rmai x-school aku yg da keja, x silap aku plng rmai jd teacher..we'r among of them, just wait n see...:P..boleh dikatakan kamilah yg blajar pling lama antara sume2 drg..ada pun purt jak la, futher stdy dia..(ada lg kali yg x tersebut)..tp itu xde hal la..ilmu itu yg pntg..aku ni pun rs cm msih kosong je otak..versi hilang ingatan..well,mgkn ini lah the last gathering kita sblm msing2 akan msuk alam pekerjaan..waaaaaa...!!!rs sebak pun ada..sedih nk tinggalkan UM.sedih nak tinggalkan member..sedih nak tinggalkan pensyarah...sedih nak tinggalkan semua apa yg ada disini...

bertemakan warna hijau dan hitam, tanggal 8 April 09 kami melakar sebuah lg sejarah...hehehhe, bukan sejarah dunia la..sejarah dlam kamus hidup kami keluarga SMPI 0506..bertempat di INTEKMA resort, shah alam..sila nikmati gambar2 dbwh ni..hehehhehe...

THIS IS MY FRIENDS.....!!!


em...sbnrnya sblm dinner ni, ada dinner kolej..wt kt tmpt dulu jugak..Palace of the Golden Horses..tp nak upload pun sme je gmbr..tukar tudung je, coz dinner kolej tema PINK, so kna pkai tdng kale pink..dinner batch plak kale ijau, tukar tudung je lah...heeeeeeeeeeeee... xde ms sbnrnya nk p bli bju..kna minggu yg pling tough gtu! tp mengenangkan ini adalah tahun terakhir aku di sini..pg jela..pkai je apa2 yg ada..em jauh jubah ni dtg tau.siap naik kapal terbang lg..:P

Wednesday, April 8, 2009

AKHIRNYA...!!!!

ALHAMDULILAH.....lega selega leganya...kurang skilo berat kerja..hehehehhe,akhirnya dengan bermula dengan ZERO, siap jugak website kami....huuuuu,rs puas sgt hati ni..sape2 yg nk tgk sila la, layari http://geocities.com/ibnukhaldun09..nak komen silakn..itu jelah yg termampu dbuat setakat ni..nnt kt kci xpert lg ye...:P
sejuta ucapan terima kasih khas tuk ustat atas tunjuk ajar dan x bosan melayan soalan2 kmi..huuu~,ustaz memang best!

Wednesday, April 1, 2009

PhotoFunia.com




terUJAla pulak...kuikuikui...salam suma,lamanya x update blog..kbtln td dpt email..(pic ats 2 le...) jd sebagai tnda penghargaan, aku simpan pic dlm blog ni..tQ,tQ..ngeh!ada bnyk cite nk kongsi tp minggu ni bz skit..nk siapkn website, pas2 cari software kna bntg, pas 2 nextweek mikro teaching!! yg ni wt aku x lena tdo ni...huuuuu~,xpe2 bila lg meng, kn ke satu hr nnt ko kna ngajar gak.ntah2 ngajar seumur hdp ko......

Saturday, March 28, 2009

Friday, March 27, 2009

MUHASABAH CINTA

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Thursday, March 26, 2009

huuuuu~

1. terlepas bus: lewat 15 saat je

2. msuk kelas: org xde lg..(nsib, aku dtg awl la ni)

3. borang zakat x isi lgi; isi dlm kelas.tgh isi dakwat pen abis..(pnjm kwn pnya jap, tp x pulang lg...)

4. minta pengesahan: dapat, tp kna .....,huuuu. pngshn tuk amik slip xam je dpt)

5. aktif sgt smpai org 2 ckp : u ni dr td nak minta awl jer...!

6. trn lobi: rmainya org...kna beratur ke? hah?! x cukup 10 xleh dftr? herm...

7. sunyi: rumate pulang...dpt kpli..wish u all the best!moga ^-^ n aja dpt jd cikgu ye...

8. sok present: PIDM..

Wednesday, March 25, 2009

Tafsir Ilmi

PENDAHULUAN
Dalam keghairahan mengejar era sains dan teknologi dewasa ini kesedaran umat Islam terhadap sumber ilmu iaitu al-Quran mesti dipertahankan, bahkan ianya hendaklah dijadikan asas dalam memandu manusia menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan lebih bersedia agar tidak terpesong dari tujuan sebenar mereka diutuskan oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Era sains dan teknologi ini adalah sebahagian dari cabaran-cabaran tersebut, dan al-Quran sendiri semenjak empat belas kurun yang lalu telah memperkatakan tentang hal ini sama ada ianya dalam bentuk talmihat (imbasan) ataupun dalam bentuk yang lebih nyata seperti tentang proses kejadian manusia dan sebagainya. Bahkan ulama sendiri telah ada kecenderungan dalam mentafsirkan ayat-ayat Allah S.W.T tersebut berasaskan tafsiran ilmi atau sains.

SEJARAH TAFSIR ILMI
Pada pertengahan kurun ke-19 kedudukan dunia Islam semakin mundur, manakala dunia Barat bertambah maju dari segi ilmu sains dalam sektor pembuatan dan perkilangan. Pergerakan kristianisasi dan orientalis mula masuk ke dunia Islam sebagai pengintip sebelum datangnya tentera untuk menjajah dunia Islam dari segi ketenteraan, ekonomi, politik dan pemikiran. Mereka berazam untuk meruntuhkan kerajaan Islam yang berpusat di Istanbul. Maka dengan demikian lahir golongan yang merasakan mereka perlu kembali kepada sumber ilmu dan keimanan iaitu al-Quran yang mana terdapat isyarat kepada segala unsur ilmu.

Tafsir ilmi mula berputik dan berkembang dengan pesatnya pada kurun ke-20. Tafsir ini telah mendapat tempat di sisi cendekiawan Islam yang alim tentang sains dan al-Quran. Oleh itu lahirlah pengarang kitab-kitab yang cuba mensabitkan al-Quran dengan semua ilmu yang ada dilangit dan dibumi. Mereka percaya bahawa ia merupakan satu sudut yang penting untuk menjelaskan tentang kebenaran Al-Quran dan i’jaznya sesuai untuk sepanjang masa dan zaman.


PENGERTIAN
Tafsir ilmi mengikut al-Zarkasyi ialah ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan memahami keterangan makna-maknanya dan mengeluarkan segala hikmah serta hukum-hukumnya.

Menurut al-Zahabi tafsir ilmi ialah tafsir yang membincangkan tentang perkara-perkara saintifik dan ilmiah di dalam ayat-ayat al-Quran dan berusaha mengeluarkan berbagai ilmu dan pandangan secara falsafah daripadanya.
Para ulama memberi pengertian yang hampir sama terhadap tafsir ilmi, di mana semua pendapat itu dapat disimpulkan menjadi satu pengertian yang syumul iaitu tafsir ilmi ialah: Tafsir yang membahaskan tentang ayat-ayat Kauniyyat di dalam al-Quran dan seterusnya mentafsirkannya berpandukan teori-teori dan penemuan-penemuan sains yang thabit yang tidak berubah-ubah, di mana ianya tidak diketahui pada zaman al-Quran diturunkan bagi menunjukkan bahawa ianya bukanlah ciptaan nabi Muhammad s.a.w. tetapi adalah salah satu dari cabang I’jaz al-Quran. (Mazlan Ibrahim, 2005).

KARYA-KARYA TAFSIR ILMI
1. Jawahir al-Quran karya Imam al-Ghazali
2. 'al-Itqan fi 'Ulum al-Qur'an' karya Jalal al-Din al-Suyuthi (w 911 H).
3. Al-Jawahir fi Tafsir al-Qur'an al-Karim karya Tanthawi Jauhari
4. Tafsir Mafatih Al Ghayb karya al Razy (w. 666 H)

KAEDAH PENTAFSIRAN TAFSIR ILMI
Pentafsiran al-Quran mempunyai metodologinya yang tertentu. Oleh itu, penggunaan ilmu-ilmu sains semasa bagi mentafsirkan al-Quran tidak boleh berlandaskan akal semata-mata dan adalah dilarang sama sekali kerana kebiasaannya mereka yang menggunakan akal semata-mata tidak merujuk kepada tafsiran yang muktabar. Sehubungan ini, hadis hasan daripada Tirmizi, an-Nasi dan Abu Daud, nabi bersabda: “Sesiapa yang mentafsirkan al-Quran dengan menggunakan akal semata-mata ataupun berdasarkan sesuatu yang tidak difahaminya, sila ambil tempatnya dalam neraka”. (Dr. Danial Zainal Abidin 2007)

Ulama tafsir menyatakan tafsiran terbaik adalah tafsiran yang diambil daripada al-Quran sendiri. Sekiranya perincian maksud sesuatu ayat tidak diperoleh daripada al-Quran, maka perlulah merujuk kepada sunah atau hadis kerana ia berfungsi sebagai penerang dan pelengkap kepada al-Quran. Sekiranya maksud sesuatu ayat masih belum jelas, maka rujuklah para sahabat kerana mereka adalah orang yang paling mengetahui al-Quran. Sekiranya perincian masih belum diperoleh, maka perlulah dimanfaatkan pendapat ulama kerana mereka adalah anak murid kepada sahabat nabi.

SYARAT-SYARAT MENTAFSIR DENGAN TAFSIR ILMI
Bagi mereka yang ingin mentafsir al-Quran dengan tafsiran ilmi, ianya hendaklah memenuhi syarat-syaratnya terlebih dahulu demi menjaga kesuciannya dan juga terdedahnya kepada keraguan, diantara syarat-syaratnya ialah: (Al-‘Ak, Sheikh Khalid Abdurrahman, 2007).

Pertama: Hendaklah iltizam dengan syarat-syarat yang telah dinyatakan oleh golongan yang menerimanya dengan syarat

Kedua: Tidak mentafsirkan ayat-ayat Kauniyyat melainkan dari dua golongan:
i. Mereka yang ahli dalam bidang pengajian ilmi Tabi’at (Kauniyyat)
ii. Mereka yang ahli dalam bidang ilmu Tafsir

Ketiga: Tidak memperluaskan perbincangan di dalam mentafsir ayat sehingga dapat mengeluarkannya daripada satu kitab tafsir kepada kitab kajian ilmiah di dalam tajuk-tajuk tertentu.

Keempat: Jangan memisahkan ayat-ayat yang mempunyai hubungan yang amat rapat di antara satu sama lain di dalam tajuk-tajuknya, di dalam mentafsirkan tafsiran ilmi.

Kelima: Hendaklah beriman bahawa sesungguhnya Kauniyyat di dalam al-Quran adalah satu hakikat yang tidak bertentangan dengan alam yang dapat kita lihat, dan setiap pertentangan adalah disebabkan sama ada pendeknya kajian ilmu tersebut atau meyempitkan makna nas.

Keenam: Hendaklah tidak ditafsirkan al-Quran dengan tafsiran ilmiah melainkan dengan keyakinan dan bukannya dengan teori-teori atau andaian-andaian. (Mazlan Ibrahim, 2005).

CONTOH TAFSIR ILMI
Antara contoh tafsir ilmi ialah sebagaimana Tanthawi mentafsirkan ayat al-Quran mengenai kejadian manusia dan tumbuh-tumbuhan, menerusi firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan, maka ketahuilah sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami menjelaskan kepada kamu. Dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian dengan beransur-ansur kamu menjadi dewasa, dan dia antara kamu ada yang diwafatkan dan ada pula diantara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, dan ia tidak mengetahui lagi sesuatu yang pernah ia ketahui. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila Kami turunkan air diatasnya, hiduplah bumi dan subur serta tumbuhlah berbagai macam tumbuhan yang indah"

Dalam menafsirkan ayat ini Tanthawi memberikan kiasan bahwa manusia itu berasal dari tanah, sebagaimana juga haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Unsur air juga menjadi penyebab tumbuhnya manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Setelah menjelaskan proses keajaiban manusia di dalam rahim seorang ibu, ia menegaskan bahwa inilah dalil penting tentang ilmu embriologi manusia dan ilmu ini wajib dipelajari. Tanthawi berpendapat bahawa ayat di atas menunjukkan betapa pentingnya ilmu alam dan mempelajarinya adalah satu hal yang wajib. Ini kerana Al-Quran hanya memberikan petunjuknya secara global dan untuk kesempurnannya diperlukan pengetahuan yang lain.

KEPENTINGAN TAFSIR ILMI

1.Sebagai dalil kewujudan dan membuktikan keesaan Allah S.W.T

Di dalam al-Quran telah dijelaskan dengan terang tentang kewujudan Allah. Namun, disebabkan sikap manusia yang tidak pernah cukup dengan bukti yang ada. Maka, Allah menurunkan ayat-ayat kauniyyat supaya manusia dapat membuat penilaian di sebalik ciptaan langit, bumi, matahari, bintang dan segala apa yang ada di perut bumi bahawa terdapat satu kuasa hebat yang menciptakannya. Persoalan siapa pencipta langit, bumi dan segala yang ada di alam semesta ini kerap diulangi dan diperdengarkan dengan soalan-soalan yang boleh membuka hati dan pandangan mata hati yang terkunci. Oleh itu, tafsir ilmi sebagai penerang kepada isyarat-isyarat yang terdapat dalam ayat-ayat kauniyyat ini sekaligus menjawab persoalan-persoalan tadi. Maka penjelasan daripadanya akan menjadikan manusia dapat melihat kewujudan Allah S.W.T sebagaimana yang tersirat pada alam.(Noor Hashimah Razalli,1995).

Seterusnya, banyak ayat-ayat dalam al-quran yang membuktikan keesaan Allah S.W.T contohnya dalam surah al-Mu’minun ayat 91 ada menerangkan bahawa Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Sekiranya Allah itu lebih daripada satu sudah tentu akan berlaku banyak krisis disebabkan oleh perbezaan ilmu dan kemahuan. Namun apabila kita memandang bintang, matahari, bulan dan segala cekerawala di langit tidak pernah berlaku perlanggaran antara satu sama lain. Kesemuanya sentiasa bergerak di atas paksinya sejak beribu tahun dahulu.

2.Menunjukkan keharmonian antara al-Quran dengan sains

Menurut Dr. Danial Zainal Abidin (2007), Sains dan Quran tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun, al-Quran bukanlah sebuah buku sains. Al-Quran merupakan wahyu daripada Allah sebagai petunjuk supaya manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Terdapat di dalamnya ayat-ayat yang menceritakan mengenai kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya yang mana fonomena-fenomena tersebut dianggap sebagai sains oleh manusia berdasarkan cerapan dan kajian yang dilakukan. Secara dasarnya, penemuan yang sahih mengenai alam tidak akan bercanggah dengan al-Quran. Hal ini disebabkan al-Quran dan alam datang daripada Allah. Quran diturunkan oleh Allah dan alam juga diciptakan oleh Allah, kedu-duanya diciptakan oleh Allah. Justeru hubungan kedu-duanya adalah suatu hubungan yang harmonis.

3.Sains memantapkan kefahaman al-Quran dan kemantapan iman

Semasa mentafsirkan ayat-ayat tertentu, kadangkala ulama berijtihad dengan mengutarakan pandangan mereka sendiri bertujuan bagi memperincikan maksud ayat. Ada kalanya pandangan mereka ini tidak selari malah kadangkala bercanggah dengan penemuan semasa. Hal ini berlaku disebabkan terdapat perkataan-perkataan Arab yang mempunyai pelbagai maksud.

Sebagai contoh, dalam surah at-Toriq yang bermaksud, “Maka hendaklah manusia memerhatikan daripada apakah dia diciptakan? Dia diciptakan daripada air yang terpancar, yang keluar antara sulbi dan taraib.” Ayat ini melahirkan pelbagai pendapat di kalangan ulama. Ramai ulama mentafsirkan sulbi sebagai tulang belakang lelaki. Berhubung dengan perkataan taraib pula, terdapit pentafsir yang menafsirkannya sebagai ‘tulang dada wanita’. Dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, Imam Qartubi melaporkan pandangan Imam Qatadah yang berkata, “(air mani) terbit antara tulang belakang lelaki dengan tulang dada wanita”. Pentafsiran-pentafsiran ulama seolah-olahnya menggambarkan air mani terbit daripada tulang dan pandangan ini sememangnya bercanggah dengan penemuan semasa. Said Hawa dalam al-Asas fi al-Tafsir agak kritikal dengan beberapa pentafsiran yang dibuat oleh ulama berhubung dengan ayat ini. Beliau berkata, “ kefahaman yang salah berhubung dengan ayat berpunca daripada pentafsiran yang salah antaranya berkaitan tafsiran perkataan sulbi yang sering dikaitkan dengan tulang belakang begitu juga dengan perkataan taraib yang sering dikaitkan dengan dada wanita secara khusus”

Berbekalkan fakta-fakta dalam bidang embriologi dan anatomi, dikaitkan pula dengan bahasa Arab dan pandangan ulama berhubung dengannya, akhirnya barulah kita menyedari mengenai betapa hebatnya dan saintifiknya ayat ini. Rupa-rupanya kawasan sulbi dan taraib berkait rapat dengan sistem seksual dan peranakan. Justeru, ayat ini menceritakan mengenai asal-asul manusia yang dijadikan daripada air yang mengandungi benih yang terpancar daripada sistem ini.

Selain itu, apabila penjelasan tadi atau sains dikaitkan pula dengan wahyu Allah, maka akan menghasilkan satu perubahan iaitu dapat membuka mana-mana hati yang tersumbat dari nur Islam ataupun mengubah kekufuran itu kepada keimanan. Oleh itu, umat Islam perlu menguasai al-Quran dan ilmu-ilmu sains kerana kedua-duanya membantu mendekatkan diri kita kepada Allah. Selain itu, fakta-fakta dan ilmu-ulmu semasa membantu kita memahami ayat-ayat tertentu secara lebih tepat. Ayat-ayat al-Quran tidak pernah tersilap. Justeru, jika terdapat pentafsir-pentafsir memberikan tafsiran yang tidak tepat, ia bukanlah bererti ayat itu tidak sesuai dengan ilmu pengetahuan, melainkan pentafsir itulah yang tidak ada ilmu pengetahuan.

4.Mengasah akal supaya berfikir dan suka mengkaji.

Al-Quran mengandungi ayat-ayat kauniyyat yang menggalakkan seseorang itu berfikir. Ada kalanya ayat tertentu memerlukan penjelasan daripada ayat-ayat lain di dalam al-Quran akan menjadikan golongan yang berminda progresif dan sentiasa ingin mengkaji terutama yang berkaitan alam ini. Malah Allah akan memberi penghormatan kepada golongan yang suka mengkaji alam. Al-Quran sememangnya mahu umat Islam memiliki minda yang saintifik iaitu minda yang kuat berfikir, kritikal, mampu menganalisis data dan fakta, serta mampu membuat andaian dan kemudiannya membuat kesimpulan kepada apa yang dicerap dan dikaji. Minda seperti inilah yang ingin dilahirkan oleh Islam kerana Islam menyuruh umatnya supaya tidak mengikut sesuatu yang tidak bersandarkan bukti dan dalil. Apabila manusia berfikir dan mengkaji, maka akan bebaslah manusia dari taqlid buta kepada kepercayaan karut dan khurafat.

5.Melawan hujah-hujah orang-orang yang tidak mempercayai kenabian nabi Muhammad SAW dan kebenaran al-Quran.

Sesungguhnya al-Quran diturunkan supaya kita memahaminya dan ayat-ayat kauniyyat yang terdapat di dalam al-Quran tidak mampu difahami oleh manusia dengan hanya mengikut bahasa sahaja. Orang-orang Islam pada hari ini sedang berhadapan dengan kezaliman manusia yang tidak mempercayai kenabian nabi Muhammad SAW dan juga kebenaran al-Quran. Maka dalil-dalil dari ayat-ayat kauniyyat inilah di antara sebaik-baik wasilah untuk melawan hujah-hujah mereka di zaman sekarang dengan menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh mereka sendiri.

PANDANGAN ULAMA TERHADAP TAFSIR ILMI

Golongan yang menerima Tafsir Ilmi

1. Al-Ghazali

Abu Hamid al-Ghazali al-Thusi seorang ahli falsafah dan juga tasawwuf yang meninggal pada 1111 Masihi bersamaan 505 Hijrah. Al Ghazali menulis sebuah kitab dengan judul Jawahirul Quran, di dalamnya terdapat bab khusus yang menerangkan bagaimana ilmu yang berasal dari Al Quran sudah bercabang-cabang. Yang dimaksud dengan ilmu yang yang sudah bercabang-cabang ialah ilmu-ilmu keagamaan, berbagai macam ilmu dunia, ilmu bahasa, ilmu-ilmu yang telah ada dan yang masih terus dipelajari, ilmu yang sebenarnya sudah ada tetapi belum dikenal manusia, dan ilmu-ilmu yang akan muncul kemudian hari. Menurut Al Ghazali, semua ilmu tersebut bukan berada di luar al-Quran, melainkan ditimba dari Al Quran. (Muhammad Husayn al-Dhahabi, 1976).
Imam al-Ghazali merupakan salah seorang yang paling gigih menyebarluaskan idea tafsir ilmi ditengah-tengah perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Beliau menghuraikan secara panjang lebar penjelasannya ini dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin dan Jawahir al-Quran, melalui kata-kata Ibn Mas’ud yang bermaksud: “ Sesiapa yang menginginkan ilmu orang-orang yang terawal dan terakhir maka hendaklah dia memerhati dan menghayati al-Quran”. Bertitik-tolak dari kata-kata Ibn Mas’ud itu al-Ghazali berpendapat bahawa setiap ilmu termasuk di dalam af’al Allah dan sifat-sifat-Nya, al-Quran yang menerangkan tentang zatNya af’al dan sifat-sifatNya, ilmu-ilmu ini tiada penghujungnya. Di antara contoh ayat Al-quran yang berkaitan dengan Af’al Allah ialah firman Allah taala yang berkaitan dengan kisah nabi Ibrahim:

“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku”
Surah asy-Syu’araa’: 80

Kalimah al-Syifa’ dan al-Mardh dalam ayat ini ialah di antara af’al Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali orang yang benar-benar tahu mengenai ilmu kedoktoran dan selok-belok penyakit dan juga tanda-tanda penyakit itu dengan lebih luas dan terperinci.
Melalui keterangan dan penjelasan di atas, dapat di fahami bahawa al-Ghazali berusaha menunjukkan kepada kita bahawa al-Quran merupakan sumber ilmu pengetahuan yang tidak terbatas kerana di dalamnya telah diungkapkan af’al dan sifat-sifat-Nya yang hanya dapat ditemukan oleh orang-orang yang memahaminya.
Al-Ghazali juga pernah berkata bahawa segala macam ilmu baik yang terdahulu mahupun yang terkemudian, baik yang telah diketahui mahupun yang belum diketahui dan ianya semua bersumberkan dari al-Quran. Hal ini dibuktikan dengan banyaknya penemuan-penemuan yang telah dilakukan oleh al-Ghazali sebagai pembuktian akan kebenaran sains yang banyak dijelaskan oleh al-Quran.

2. Jalaluddin Assuyuti

Menurut Muhammad Husayn al-Dhahabi (1976), Jalaluddin Assuyuti adalah salah seorang yang menyokong dan menerima penggunaan tafsir Ilmi ini. Adapun alasan beliau sama halnya dengan Al-Ghazali dan beliau telah jelaskan secara panjang lebar dalam kitabnya ‘Itqan’, yang mana antara intipatinya ialah: “Bahawa hakikat seluruh ilmu itu bersumber dari Al Qur’an”. Hal ini berdasarkan pada firmanAllah:

“Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu”
Surah an-Nahl: 89

“Tiadalah Kami alpakan sesuatupun di dalam Al Kitab”
Surah al-An’aan: 38

3. Abu Al fadl Al Mursi

Abu Al fadl Al Mursi pula mengatakan bahawa segala macam ilmu baik yang terdahulu mahupun yang kemudian adalah bersumber dari Al Quran. Seperti: ilmu kedoktoran, fizik, industri, dan sebagainya. Dalam ilmu kedoktoran, Al Quran mencakupi cara dan langkah-langkah yang perlu ditempuh seseorang menuju hidup sihat serta menjadikan tubuh kuat. Berikut ini adalah ayat yang berhubungan dengan kedoktoran:

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia”
Surah al-Nahl: 69

Selain ayat di atas, masih banyak lagi ayat-ayat yang menjelaskan tentang hal-hal ilmiah. Di akhir tafsirnnya, Abu Al Fadl berkata bahawa dalam Al- Quran terkandung segala ilmu baik ilmu pengetahuan, baik yang sudah ada namanya atau belum. Sebagaimana yang diisyaratkan oleh al-Quran: Al An’am ayat 38 dan An Nahl ayat 89, serta beberapa buah hadis.

4. Tanthawi Jauhari

Menurut al Tanthawi beliau telah meneliti ayat-ayat al-Quran yang memberikan hasil bahwa tidak kurang dari 750 ayat al Quran yang bercerita dan mendorong manusia ke arah kemajuan ilmu pengetahuan. Disamping itu, al-Quran juga merupakan mukjizat ilmiah, oleh kerana ia mencakupi segala macam-macam penemuan dan teori-teori ilmiah moden. Mereka berkata: “Al-Quran itu menghimpun ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu pengetahuan yang tidak kesemuanya dapat dijangkau oleh manusia, bahkan lebih dari itu ia mengemukakan hal-hal jauh sebelum ia turun dan yang akan terjadi. Di dalamnya terdapat pula kaedah-kaedah yang menyeluruh dan prinsip-prinsip umum tentang hukum alam yang boleh kita saksikan, fenomena-fenomena alam yang boleh kita lihat dari waktu ke waktu dan hal-hal lain yang boleh diungkap oleh ilmu pengetahuan moden dan kita menduga itu semua sebagai suatu yang baru. Itu semua sebenarnya bukan suatu yang baru menurut al-Quran, sebab kesemuanya telah diungkap dan diisyaratkan oleh ayat-ayat muhkamat dalam Al Quran.”

“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamanya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.
Surah al-A’raf: 58

Adapun ayat diatas menunjukan bahawa walaupun dengan kehendak dan keizinan-Nya supaya segala tumbuhan menjadi dan subur, tetapi kesesuaian tanah dan kesuburan tanah juga merupakan syarat tumbuhnya tanaman tersebut, kerana tidak semua tanaman dapat tumbuh pada tanah yang sama. Tafsiran ini menunjukkan bahawa Tanthawi berusaha untuk memberikan pengertian atau situasi baru, bahwa Al Quran sudah memberikan petunjuk tentang keilmiahannya, dan keilmiahan itu sesuai dan berlaku dengan ilmu pengetahuan yang ada.

Usaha Tanthawi Jauhari dalam menafsirkan ayat al-Quran dengan pendekatan tafsir ilmi ini mendapat sambutan yang baik dari berbagai kalangan ulama tafsir ilmi, sehingga sekarang banyak kemunculan kitab yang mengulas secara ilmiyah, seperti yang dilakukan oleh Hanafi Ahmad dengan kitabnya at-Tafsir al-Ilmi li al-Ayah al-Kawniyah, dan juga kitab-kitab lain yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

5. Fakhruddin al-Razi

Abu Abullah Fakhruddin al-Razi adalah seorang mufassir yang berasal dari Tabrustan Iran, sebuah tempat yang dibuka oleh orang-orang Islam pada zaman khalifah Othman bin Affan. Beliau mentafsirkan ayat kauniyyat dan teori ilmiah bagi memudahkan orang lain untuk memahami kitab Allah. Di antaranya contoh ayat yang ditafsirkan oleh beliau ialah ayat 16 dari surah al-Nahl yang berkaitan dengan lebah dan keajaiban-keajaiban yang ada pada lebah, bagaimana lebah membina rumah dan bagaimana Allah mengilhamkan kepada lebah untuk menghasilkan madu dari bunga.

“Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan) dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk”
Surah an-Nahl: 16

6. Harun Yahya

Perkembangan ilmu pengetahuan moden ketika ini telah memperbanyakkan lagi kemunculan hasil-hasil pentafsiran yang bercorak ilmi. Pentafsiran seperti ini biasanya menekankan pada pembahasan tentang ayat-ayat kauniyyat yang ditafsirkan dengan menggunakan penemuan-penemuan ilmiah sebagai penjelasan dari ayat-ayat kauniyyat tersebut. Model pentafsiran yang seperti ini dilakukan oleh Harun Yahya untuk mentafsirkan ayat-ayat tentang keruntuhan teori evolusi Darwin terutamanya mengenai asal-usul manusia yang disesuaikan dengan penemuan-penemuan ahli bidang antropologi dan biologi moden seperti Roy Britten dan tokoh-tokoh lainya. Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah:

“Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah”
Surah as-Sajdah: 7

Pentafsiran ayat-ayat yang berkaitan dengan teori evolusi Darwin oleh Harun Yahya ini difokuskan pada beberapa ayat yang mengetengahkan asal-usul manusia. Perbezaan tentang penciptaan manusia menurut Darwin dan al-Quran inilah yang mendorong Harun Yahya mengkaji dan meneliti dengan menggunakan teori sains. Hasil yang diperolehi dalam penelitian tersebut adalah bahawasanya Harun Yahya dengan tegas menolak apa yang dikatakan oleh Darwin dalam slogannya bahawa asal-usul manusia tercipta dari bangsa kera. Kerana dalam pandangan Harun Yahya teori evolusi ini runtuh dengan beberapa sebab diantaranya:

1. Jenis-jenis makhluk hidup tidak boleh berubah dan tidak mungkin terjadi perubahan dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Conyohnya: seekor ikan tidak akan menjadi seekor burung atau seekor mamalia seperti ikan paus duduk didarat.
2. Setiap jenis makhluk yang hidup lahir dari leluhur yang sama.
3. Tiada catatan fosil yang menunjukkan atau merekod bentuk transisi yang mungkin berlaku.
4. Kerumitan dan kesempurnaan pada tubuh dari DNA makhluk hidup tidak berlaku kerana kebetulan, tetapi merupakan bukti bahawa ada yang merancang kerumitan tersebut.

Golongan yang menolak Tafsir Ilmi

1. Sesungguhnya al-Quran adalah kitab aqidah, syariat, adab dan kitab hidayah. Dan bukanlah tujuannya kita memperkatakan tentang kajian-kajian ilmiah, memadai ianya hanya mengarahkan manusia agar melihat dan berfikir. Dan ianya tidka bertentangan dengan hakikat ilmiah.
2. Sesungguhnya aliran ini boleh memesongkan manusia dari hidayah al-Quran dan tujuannya yang asas, serta boleh menimbulkan syak umat Islam terhadap al-Quran
3. Sesungguhnya teori-teori sains sentiasa terdedah kepada perubahan dari semasa ke semasa. Apabila kita sandarkan teori-teori tersebut kepada al-Quran akan membuatkan al-Quran sendiri terdedah mengikut perubahan tersebut.
4. Dengan tafsiran berbentuk ilmi ini banyak menyebabkan perubahan pada asal bahasa dan terkeluar daripada balaghah al-Quran
Demikianlah secara ringkasnya hujah-hujah golongan yang menolak aliran tafsir ilmi. Mungkin kita dapat menerima pendapat-pendapat tersebut sebagai pandangan atau pendapat mereka yang ingin kesucian al-Quran tidak tercemar dengan segala perubahan yang sentiasa berkisar pada teori-teori sains. Tetapi perlu juga kita yakini bahawa golongan ulama dan ahli tafsir yang menyokong tafsiran Ilmi juga adalah sependapat dengan golongan tersebut bahawa kesucian al-Quran wajib dijaga dan dipelihara dari sesuatu yang boleh merosakkan al-Quran itu sendiri dari satu sudut yang boleh memesongkan aqidah umat Islam dari sudut yang lain.

Seterusnya dengan berpandukan kepada hujah-hujah di atas untuk menolak tafsir Ilmi secara total sebagai satu aliran dari aliran tafsir al-Quran adalah suatu yang mungkin dapat kita bincangkan berdasarkan kepada beberapa sebab :-
• Sungguhpun al-Quran sebagai kitab hidayah, tidak bermakna di dalamnya tidak terdapat isyarat-isyarat atau asas-asas kepada ilmi sains, yang mana ianya menjadi lebih terang dan jelas bagi sesiapa yang mengkaji ilmu-ilmu tersebut dengan lebih mendalam. Sebagaimana kita dapati bahawa al-Quran memperkatakan tentang bumi, langit, matahari, bulan, malam, siang dan apa yang ada kaitan dengan ala mini, sebagaimana juga ia membicarakan tentang manusia, haiwan dan tumbuhan. Jadi, apa yang diperkata dan dijelaskan di dalam al-Quran tidaklah menafikan al-Quran sebagai kitab hidayah, bahkan apa yang diperkata dan dijelaskan di dalam al-Quran tersebut juga merupakan satu jalan dari jalan-jalan dan manusia mendapat hidayah.

• Antara syarat-syarat yang diwajibkan bagi mentafsir al-Quran dengan tafsir Ilmi dan teori-teori sains antaranya ialah tafsiran itu hendaklah berpandukan kepada teori-teori dan penemuan yang thabit dan tidak berubah, dan juga tidak boleh menta’wilkan mana-mana ayat yang zahir dari maknanya yang hakiki kepada makna majazi melainkan adanya dalil atau qarinah yang terang dan nyata bahawa makna yang dikehendaki tersebut adalah makna majazi. Maka, di sini tidak timbul persoalan mengubah makna dari makna hakiki kepada makna majazi atau teori-teori yang tidak thabit dan berubah kerana apa yang dimaksudkan di sini hanyalah makna yang tetap sahaja iaitu sama ada hakiki atau majazi dan teori-teori yang thabit semata-mata.

• Sebagaimana kita tidak menafikan bahawa al-Quran adalah sebuah kitab hidayat pada tahap yang pertama. Tetapi pada waktu yang sama kita juga harus mengakui bahawa terdapat di dalamnya dalil-dalil ilmiah dan mukjizat kauniyyat, di mana Allah s.w.t telah mengarahkan kita agar menyeru (mengkhitab) manusia dengan apa yang mereka sedari dengan bahasa yang mereka fahami, di antaranya ialah menjelaskan kandungan ayat-ayat al-Quran dan apa yang terkandung di dalamnya dari I’jaz ilmi atau I’jaz kauni.

Muhammad Mustapha Maraghi berkata :

1. Wajib bagi kita tidak mentafsirkan al-Quran dan sains dengan ayat-ayat al-Quran, akan tetapi apabila adanya persamaan di antara zahir ayat dengan hakikat sains yang tetap (thabit) maka hendaklah kita mentafsirkan dengannya.

2. Katanya lagi, aku tidak ingin mengkaitkan bahawa di dalam al-Quran mengandungi segala bentuk ilmu semua sekali sama ada secara ringkas ataupun secara detail dengan gaya pembelajaran yang kita sedia maklum. Akan tetapi apa yang ingin aku katakan ialah al-Quran didatangkan dengan usul-usul umum bagi semua perkara yang perlu manusia mengetahuinya bagi mencapai darjat kesempurnaan sama ada pada jasad atau ruhnya, seterusnya meninggalkan para-para ilmu itu tidak terbuka bagi para cendiakawan dan saintis menjelaskan kepada manusia juzuk-juzuk atau bahagian-bahagian ilmu itu dengan lebih terperinci (Madkhat Hafiz Ibrahim t.th : 193). Para ulama memberi pengertian yang hampir sama terhadap tafsir ilmi, di mana semua pendapat itu dapat kita simpulkan menjadi pengertian yang syumul, iaitu :

 Tafsir yang membahaskan tentang ayat-ayat kauniyyat di dalam al-Quran dan seterusnya mentafsirkannya berpandukan teori-teori dan penemuan-penemuan sains yang thabit, yang tidak berubah-ubah, di mana ianya bukanlah ciptaan nabi Muhammad s.a.w tapi adalah salah satu dari cabang I’jaz al-Quran.


Penolakan tafsir Ilmi

Apabila pemikiran golongan tafsir Ilmi diterima di sisi kebanyakan al-mutaqaddimin, dan kebanyakan penambahan diterima di sisi kebanyakan al-muta’akhirin. Maka sesungguhnya, ia tidak bertentangan dengan yang diterima di sisi sebahagian ulama al-mutaqaddimin manakala tidak bertentangan dengan yang diterima di sisi sebahagian ulama muta’akhirin dari mereka juga.

As-Syatibi

Tokoh pemimpin yang menentang pemikiran tafsir Ilmi ini dalam zaman terdahulu ialah pakar pemikiran, Abu Ishak Ibrahim Bin Musa As-Syatibi. Berasal dari Andalusia, meninggal pada tahun 790 hijrah. Beliau memberi alasan bahawa al-Quran bukan buku ilmu pengetahuan tapi ia adalah kitab yang membawa petunjuk bagi manusia ke jalan yang benar. Untuk memahami dan menginterpretasikan al-Quran tidak perlu mengaitkan ayat-ayat al-Quran dengan kebenaran-kebenaran ilmiah dan teori-teori ilmu alam. Akan tetapi cukup dengan memahami ayat-ayat al-Quran dengan mengungkapkan makna-makna yang ditunjukkan oleh teks ayat dan benar-benar sesuai dengan konteksnya tanpa melangkah terlalu jauh dan lepas ke makna yang tidak ditunjukkan oleh teks ayat dan hal-hal lain yang tidak perlu diungkap dalam kaitan dengan pensyari’atan agama Islam dan fungsi al-Quran sebagai kitab hidayah (petunjuk). Kalaupun dari ayat al-Quran itu sendiri tidak boleh menjawab persoalan yang ada, maka kita merujuk ke Sunnah Rasul, dan apabila sunnah tidak dapat menjawab persoalan itu juga, maka kita merujuk ke sahabat.

Asy-Syatibi berpendapat bahawa menggunakan ayat al-Quran “Tidak ada suatu ayat pun yang kami alpakan didalam al-Quran”, sebagai dalil untuk memperluas penafsiran ilmiyah, tidaklah dapat diterima, kerana yang dimaksudkan dengan kata al-Kitab dalam ayat tersebut adalah Loh Mahfuz. Lebih lanjut lagi, asy-Syatibi mengatakan mengenai hal ini :

“Menambahkan sesuatu yang tidak semestinya ada dalam al-Quran adalah tidak boleh. Sebagaimana tidak dibolehkan mengingkari apa yang sudah semestinya menjadi pengertian al-Quran. Setiap orang harus membatasi diri dalam mencari rujukan untuk dapat memahami al-Quran (pada apa yang diketahui orang-orang Arab pada masa dulu) Dengan demikian, akan sampai kepada pengetahuan tentang hukum-hukum syari’at. Barang siapa yang menggunakan cara selain itu, maka ia akan sesat dalam memahami al-Quran dan berbicara yang tidak semestinya mengenai Allah dan Rasul-Nya”.

Menurut Muhammad Husayn al-Dhahabi, (1976). Pada hari ini, kita boleh mengenali As-Syatibi menerusi kitabnya Al-Muwafaqat yang mengandungi perbahasan yang khusus tentang kehendak syarak (maqasid al-syari’). Ianya terbahagi pula kepada bahagian penjelasan (syarah) dan penerangannya (bayan). Dan yang penting bagi kita ialah melihat kepada bahagian yang kedua iaitu (penerangan kehendak syarak dalam meletakkan syariah untuk difahami). Dan bagi masalah ketiga adalah terdiri daripada permasalahan bahagian ini yang kita temuinya diikrarkan bahawa syariat ini ialah syariat yang membawa berkat dan kebaikan, kerana ahlinya (orang-orangnya) juga seperti itu.

Menurut As-Syatibi lagi, batallah apa yang telah batil dan jelaslah manfaat terhadap apa yang membawa manfaat dengannya. Kemudian disebutkan daripada ilmu-ilmu yang sahih bahawa orang Arab juga mengambil berat tentang ilmu bintang dan apa yang telah ditetapkan dengannya. Mereka juga (orang Arab) yang hidup dimasa dakwah Nabi Muhammad S.A.W berkewajiban memahami al-Qur’an. Dan maksud diikrarkan al-Quran dalam tajuk-tajuk yang banyak seperti firman Allah:

“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui”
Surah al-An’aam: 97

Dan disebutkan juga tentang ilmu al-anwah , hujan yang turun, lakaran awan, desiran angin dan sebagainya. Dan ditunjukkan baginya ayat-ayat dari al-Quran, firmanya :

“Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung. Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan haililintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dialah Tuhan Yang Maha keras seksa-Nya”
Surah ar-Ra’d: 12 & 13
Dan firman Allah lagi, :-

“Itu adalah di antara berita-berita penting tentang yang ghaib yang kami Wahyukan kepadamu (Muhammad); tidak pernah kamu mengetahuinya dan tidak pula kaummu sebelum ini. Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa”
Surah Huud: 49

Kemudian, As-Syatibi menjelaskan pandangan tujuan ini dengan mengetahui tentang fikiran orang terdahulu dari pandangan mereka terhadap al-Quran. Sesungguhnya bagi salafussoleh, (sahabat dan tabiin) dan daripada segolongan mereka yang arif tentang al-Quran dan dengan ilmunya dan apa yang diseru dengannya, tetapi tidak disampaikan kepada kita. Dan apa yang telah ditetapkan dengannya adalah dari hukum-hukum yang telah ditetapkan. Sesungguhnya apa yang wujud di sisi mereka, dan itu adalah dalil ke atas al-Quran bukan kehendak dengan apa yang ditakrirkan daripada sesuatu.

Kemudian, as-Syatibi mengambil dalil-dalil:

“(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas diri mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu (Muhammad) mejadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri”
Surah an-Nahl: 89

Kemungkinan mereka menggunakan dalil di atas berhubung dakwaan mereka itu dengan firman Allah yang berkaitan dengan (Kami turunkan kepadamu kitab dan jelaskan tentang segala-galanya) serta banyak lagi ayat-ayat lain yang terkandung dalam al-Quran.

Usaha yang sama juga telah dilakukan oleh ulama tafsir seperti Abu Hayyan al-Andalusi, yang telah mengkritik mufassir ilmi Fakhrur Razi, dimana ia menganggap tafsirnya telah menyimpang dari cakupan ilmu tafsir; juga Dr. Abd al-Majid Abdussalam al-Muhtasib, dalam kitabnya Ittijahat at-Tafsir fi al-Ashr al-Hadis, dimana setelah ia menguraikan panjang lebar tentang pendapat yang dilontarkan oleh para ulama tafsir ilmi dan juga para ulama tafsir yang mengingkarinya dan disimpulkan seperti berikut:

“Saya tidak mengakui (mengingkari) orientasi tafsir Ilmi terhadap al-Quran. Tidak dibenarkan memaksakan ayat-ayat al-Quran terhadap ilmu-ilmu kealaman. Saya tidak setuju kepada orang-orang yang berusaha mengambil teori-teori ilmiyah dari ayat-ayat al-Quran. Sesungguhnya al-Quran al-Karim bukanlah kitab ilmu pengetahuan seperti kimia, ilmu atom, geometri, ilmu falak, ilmu fizik, dan lain sebagainya. Tetapi , al-Quran diturunkan Allah kepada nabi Muhammad S.A.W agar menjadi kitab hidayah, dan rahmat bagi manusia…”

Lebih lanjut al-Muhtasib menguraikan kritiknya terhadap tafsir ilmi dengan mengatakan:
“Cukuplah bagi kita bahawa al-Quran tidak bertentangan (dan tidak akan bertentangan) dengan hakikat ilmu pengetahuan yang diterima oleh akal. Cukuplah bagi kita bahawa al-Quranlah yang membuka pintu akal kaum Muslimin, mendorong mereka mentadabburi, menafakkuri, merenungkan, membahas, memikirkan, dan mendalami ilmu pengetahuan (sains). Cukuplah bagi kita bahwa orang-orang yang kitab sucinya al-Quran telah hidup bersama ilmu dalam suasana harmoni dan kasih sayang, sementara pengikut kitab agama lain telah menjadi tonggak keras yang menghadang ilmu dan para ilmuan di abad pertengahan, yang menyebabkan salah seorang pemikir sesat.

Adapun kritikan yang paling tajam yang pernah dilontarkan kepada para mufassir ilmi adalah apa yang telah dilakukan oleh Dr. Mahmud Syaltut dalam kitabnya Tafsir al-Quran al-Karim, pada bahagian muqaddimahnya ia menulis bahawa ada dua segi yang harus di jauhi atau dibersihkan dalam menafsirkan al-Quran; pertama, menta’wilkan al-Quran menurut pendirian berbagai aliran mazhab; dan kedua, mentafsirkan al-Quran atas dasar teori-teori ilmiyah. Hal ini (kata Mahmud Syaltut lebih lanjut) kerana Allah SWT tidak menurunkan al-Quran kepada manusia dengan tujuan menyajikan teori-teori ilmiyah, teknologi, yang rumit-rumit dan bermacam-macam ilmu pengetahuan.

CONTOH-CONTOH AYAT KAUNIYYAT DALAM AL-QURAN

Ayat kauniyyat ialah ayat-ayat yang menerangkan perkara-perkara berkaitan dengan alam seperti langit yang meliputi segala cekerawala dan juga kehidupan di bumi sama ada tumbuh-tumbuhan, batu-batan, gunung-ganang dan sebagainya yang ada di alam ini. Antara ayat-ayat yang banyak mengandungi ayat-ayat kauniyyat ialah dalam surah Yasin ayat 30 hingga 40 dan ayat 80. Menurut Ibnu Katsir ayat 33 hingga 36 dalam surah ini merupakan dalil tentang kewujudan pencipta yang mempunyai kuasa yang penuh menghidupkan bumi yang sudah mati yang tiada harapan untuk menumbuhkan sesuatu, dapat kembali dengan adanya siraman air hujan. Selain itu, ayat-ayat kauniyyat dalam surah yasin ini menerangkan tentang perkara yang ada di bumi, cakerawala, pertukaran siang dan malam serta kejadian api.

Selain itu, Antara ayat-ayat kauniyyat yang berkaitan dengan bumi ialah ayat 45 surah al-Furqan, ayat 88 surah an-Naml, dan ayat 5 surah az-Zumar. Manakala ayat-ayat yang berkaitan dengan langit dan angkasa terdapat pada ayat 7 surah Al-Dzariat, ayat 1 surah Al-Hijr, ayat 61 surah Al-Furqan dan ayat 7 surah Al-Buruj. Manakala ayat yang berkaitan dengan awan dan angin ialah pada ayat 57 surah al-A’raf.

Contoh-contoh ayat al-Quran:

“Apakah kamu tidak memperhatikan (penciptaan) Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan (dan memendekkan) baying-bayang, dan kalau dia menghendaki nescaya Dia menjadikan tetap baying-bayang itu, kemudian Kami jadikan matahari sebagai petunjuk atas baying-bayang itu,”
Surah al-Furqan: 45

“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap ditempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan,”
Surah an-Naml: 88

“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan,”
Surah adz-Dzariat: 7

“Demi langit yang mempunyai gugusan bintang,”
Surah al-Buruj: 1

“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmay-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran,”
Surah al-A’raf: 57

PENUTUP

Pandangan ahli tafsir dan ulama terhadap tafsir ilmi dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu golongan yang menolak tafsir ilmi dan juga golongan yang menerima. Golongan yang menolak berpandangan bahawa al-Quran adalah kitab hidayah dan bukannya kitab yang membincangkan tentang persoalan dan permasalahan sains dan sebagainya, dan adalah matlamat golongan ini untuk menjaga dan memelihara al-Quran dari perubahan-perubahan yang berlaku terhadap penemuan-penemuan dan hasil-hasil kajian yang sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan ini akan mendedahkan al-Quran kepada kritikan dan keraguan.

Manakala golongan yang menerima mengatakan bahawa di dalam al-Quran terdapat asas-asas umum tentang ilmu, tetapi tidak pula menyatakan bahawa semua ilmu terdapat di dalam al-Quran dan tidak juga menafikan penemuan-penemuan yang sememangnya terdapat nas-nas al-Quran yang memperkatakannya sama ada dalam bentuk imbasan (talmih) atau dalam bentuk yang terang lagi jelas sebagaimana pembentukan manusia.

Sesungguhnya al-Quran adalah kitab suci yang menetapkan masalah akidah dan hukum Syari’ah. Disamping itu, di dalamnya terdapat juga ayat-ayat yang menunjukkan pelbagai kenyataan ilmiah seperti ilmu kedoktoran, embriologi, botani, fizik dan sebagainya. Hal ini memberikan dorongan kepada manusia untuk mempelajarinya, mengkaji dan menelitinya. Dan tidak dinafikan memang ia telah mendatangkan penemuan-penemuan ilmiah yang menyingkap sebahagian dari ilmu alam yang mana masih banyak tidak diketahui oleh manusia.
Sekalipun semua itu ada dalam al-Quran hanya berupa isyarat sepintas, namun kebenarannya selalu dapat dibuktikan oleh ilmu pengetahuan moden, dan untuk mengungkapkan berbagai kenyataan ilmiah itu perlu adanya keberanian untuk menggali dan menyelami makna ayat-ayat yang tidak sedikit jumlahnya. Dengan demikian orang akan dapat memastikan betapa tepat dan benarnya isyarat-isyarat dalam al-Quran. Ayat-ayat al-Quran sentiasa membuka minda dan akal fikiran, serta memberikan pengertian yang benar mengenai apa sahaja. Bahkan al-Quran telah menunjukkan dalil-dalil pembuktian mengenai segala sesuatu, baik yang berada di bawah lapisan bumi mahupun yang berada di ruang angkasa.
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa semua ilmu pengetahuan yang diperoleh dari al-Quran, setelah dikaji dan diteliti kegunaanya secara benar, pasti akan mendorong pemikiran manusia kepada satu titik tujuan, iaitu meyakini bahawa agama Islam adalah suatu kebenaran yang datang dari Allah S.W.T. Oleh sebab itu, manusia akan benar-benar meyakini Islam sebagai agama petunjuk dari Ilahi.

BIBLIOGRAFI

1. Al-Quran al-Karim

2. Al-‘Ak, Sheikh Khalid Abdurrahman, (2007). Usul at-Tafsir wa Qawa’iduhu. Lebanon: Dar an-Nafaes.

3. Danial Zainal Abidin, (2007). Quran saintifik : Meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains. Selangor : PTS Millennia Sdn.Bhd

4. Mazlan Ibrahim, (2005 ). Tafsiran Sains terhadap ayat-ayat al-Quran: Satu analisa dari sudut pandangan ulama dan ahli tafsir. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

5. Muhammad Husayn al-Dhahabi, (1976). Al-Tafsir wa-al-mufassirun : Bahth tafsili `an nash'at al-tafsir wa-tatawwurihi wa-alwanihi wa-madhahibihi ma`a `ard shamil li-ashhar al-mufassirin wa-tahlil kamil li-ahamm kutub al-tafsir min `asr al-Nabi salla Allah `alayh wa-sallam ila `asrina al-hadir. Al-Qaherah: Dar al-Kutub al-Hadithah.

6. Noor Hashimah Razalli, (1995). Ayat-ayat kawniyat dalam surah Yasin : Satu kajian ke arah kemantapan iman individu muslim. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

7. Rafiah Hussin, (2000). Metodologi penafsiran surah yunus oleh YAB Dato’ Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat. Latihan ilmiah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

alhamdulilah...inilah hasil kerja kami (xsmpai sminggu pun buat), mgkn bnyk kekurangan tp we try to give our best..da lepas present hr 2, ustaz just minta kmi tmbh kt karya yg lebih fokus kepada ayat2 kauniyyat..syukran adik2 ku..

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Earth Hour : Matikan Lampu Sabtu Ini!


Tahun ini, WWF Malaysia akan melancarkan Earth Hour 2009, dimana buat julung-julung kalinya dilancarkan di Malaysia. Earth Hour adalah satu program untuk menyebarkan kesedaran mengenai penjimatan tenaga dan kepanasan global dengan cara yang amat mudah : Setiap orang, di mana juga anda berada, adalah di galakkan untuk menutup lampu selama satu jam.

Berikan sokongan anda kepada WWF dengan menutup lampu pada 28 Mac 2008 antara jam 8.30-9.30. Sila rujuk web rasmi Earth Hour untuk keterangan lanjut.

"Kekuatan individu tidak akan dapat merubah dunia, tetapi kekuatan bersama sudah tentu dapat membawa perubahan!"

Monday, March 23, 2009

this week!

1. selasa- present madkhal tafsir: tafsir ilmi

2. khamis-test madkhal tafsir: muhadharah 1 til 13
-scrap book: tema kemanusiaan

3. jumaat-present PIDM: j-QAF

4. website already published before 1 April!

hooooo~

salam...

dr smlm perut yang sakit x baik2..np ni?salah mkn ke? (ntah2,terlebih makan...)huhuhu,terpaksa miss 1 klas..aku ada wat dosa ke?...kepada semua,ampunkanlah aku..maafkan segala salah dan silap aku..huuu,sory pg pahang xbgtau...neway,life must go on...just keep on moving meng! sok present madkhal tafsir tajuk tafsir ilmi..skrg dlm proses finalize..huu,ada jugak xdpt dfahami..jumaat present PIDM plak.kna tajuk j-QAF.InsyAllah, da ready da ni...:P.. Ya Allah, mudah-mudahan hari ni semuanya baik-baik belaka..xpe,mana2 ada ujian dan cabaran..blessing in disguise..(sakit puyut)

Ramai guru sakit jiwa


Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.
PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.
BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.
Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.
Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.


Berisiko mendapat penyakit kritikal

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.
“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.
“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.
“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.
Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.
Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.
Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.
“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.
“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.
Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.
Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.
Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.
“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.
“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

Panik mudah serang wanita

KESIHATAN

Panik melampau melibatkan perasaan cemas, takut dan gelisah terhadap sesuatu yang tidak rasional.
PESAKIT berupaya mencetuskan imaginasi di luar kawalan.
"GANGGUAN kecelaruan panik atau panic disorder memang sukar dikesan sehinggalah keadaan menjadi serius. Malah ramai yang menganggap panik atau cemas yang dialami mereka adalah perkara biasa," ujar Prof. Dr. Azhar Mohd. Zain.
Dekan dan Profesor di Psikiatri Klinikal, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mendedahkan, banyak pihak menganggap kehadiran simptom panik melampau sebagai sesuatu yang boleh diperlekehkan.
"Kecelaruan panik merupakan satu keadaan saraf di dalam otak yang menjadikan seseorang itu cukup mudah panik. Dalam erti kata lain, otak seolah-olah mencetuskan kepanikan tersebut," katanya.
Daya sensitiviti otak terhadap kawasan yang melibatkan saraf katastrospik mencetuskan panik tersebut tidak kira tempat atau masa. Jadi apabila terdapat perkara atau perkataan yang boleh 'mengaktifkan' saraf tersebut, pesakit akan mengalami panik.
Azhar berkata, serangan panik melampau itu kebanyakannya melibatkan wanita kerana daya semangat mereka kurang berbanding lelaki.
Ceritanya, terdapat kes sepasang suami isteri bercerai kerana suaminya tidak tahan dengan serangan panik yang dialami oleh isterinya.
"Dia rasa dipermainkan kerana setiap kali si isteri mengalami panik melampau, si suami akan bergegas pulang ke rumah. Namun apa yang didapati ialah isterinya 'sihat'.
"Lama-kelamaan si suami tidak tahan lagi apabila si isteri kerap mengatakan dia takut untuk ke mana-mana atas alasan bimbangkan serangan itu berlaku di luar dan menyebabkannya mati," jelas Azhar.
Berbeza dengan agorafobia, panik melampau melibatkan perasaan cemas, takut dan gelisah terhadap sesuatu yang tidak rasional.
"Malah, pesakit berupaya mencetuskan imaginasi di luar kawalan yang selalunya berkait rapat dengan perasaan tidak selamat, bahaya atau mati," ujar Azhar.
Kajian yang dilakukan Azhar pada tahun 1994 yang melibatkan sekumpulan pesakit kecelaruan panik dan pelajar perubatan membuktikan mereka bukan saja menghadapi ketidakselanjaran mental malah masalah biologi.
Menerusi kajian tersebut yang kini diguna pakai sebagai asas memahami pesakit mendapati cara pesakit kecelaruan panik mengakses sesuatu benda atau perkara tidak sama dengan manusia normal.
"Paling menonjol, mereka ini mudah melihat benda sebagai sesuatu yang negatif dan katastropik. Sebagai contoh, bagi perkataan neutral, mereka akan tenang.
"Namun apabila pakar menggunakan perkataan yang tertentu seperti mati, sesak atau lemas, mereka akan 'terangsang'. Malah, ada di antara mereka seolah-olah turut mengalaminya ketika itu," kata Azhar.
Pendekatan biologi dan psikiatri amat perlu bagi merawat kecelaruan panik kerana pendedahan seseorang kepada penyakit itu dalam jangka masa panjang akan mengundang masalah.
"Masalah itu bukan saja pada diri mereka malah juga kepada pasangan, ahli keluarga, tempat kerja malah persekitaran pesakit. Hingga adakalanya ia mengganggu rutin hidup pesakit itu sendiri," katanya.
'Serangan' yang berlaku di tempat kerja juga boleh menyebabkan prestasi seseorang itu menjunam kerana tekanan daripada mereka yang tidak faham akan penyakit itu.
Penyakit panik melampau juga tidak berakhir di situ. Jelas Azhar, gejala kemurungan, agorafobia hingga akhirnya melibatkan tekanan jiwa akan melengkapkan 'rantaian' penyakit itu.
Lebih membimbangkan, serangan panik melampau turut melibatkan kanak-kanak. Malah satu kajian oleh beberapa pakar di Persatuan Psikiatri Amerika Syarikat mendapati sebanyak 40 peratus perlakuan itu bermula sebelum pesakitnya berumur 20 tahun.
Cara rawatan, tegasnya, tidak hanya bergantung kepada ubatan serta terapi tetapi melibatkan kekuatan pesakit untuk melawan imaginasi panik tersebut.
"Memang ada ubatan khusus namun ia akan menyekat saraf katastropik daripada berfungsi sewajarnya. Dalam kata lain, pesakit akan tiada tindak balas langsung terhadap persekitarannya.
"Justeru, ubatan yang diberi hanya bersifat pelindung bagi menyekat saraf itu daripada menjadi terlalu sensitif di samping rutin terapi yang harus diikuti oleh pesakit," jelasnya.