Saturday, March 28, 2009

Friday, March 27, 2009

MUHASABAH CINTA

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Thursday, March 26, 2009

huuuuu~

1. terlepas bus: lewat 15 saat je

2. msuk kelas: org xde lg..(nsib, aku dtg awl la ni)

3. borang zakat x isi lgi; isi dlm kelas.tgh isi dakwat pen abis..(pnjm kwn pnya jap, tp x pulang lg...)

4. minta pengesahan: dapat, tp kna .....,huuuu. pngshn tuk amik slip xam je dpt)

5. aktif sgt smpai org 2 ckp : u ni dr td nak minta awl jer...!

6. trn lobi: rmainya org...kna beratur ke? hah?! x cukup 10 xleh dftr? herm...

7. sunyi: rumate pulang...dpt kpli..wish u all the best!moga ^-^ n aja dpt jd cikgu ye...

8. sok present: PIDM..

Wednesday, March 25, 2009

Tafsir Ilmi

PENDAHULUAN
Dalam keghairahan mengejar era sains dan teknologi dewasa ini kesedaran umat Islam terhadap sumber ilmu iaitu al-Quran mesti dipertahankan, bahkan ianya hendaklah dijadikan asas dalam memandu manusia menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan lebih bersedia agar tidak terpesong dari tujuan sebenar mereka diutuskan oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Era sains dan teknologi ini adalah sebahagian dari cabaran-cabaran tersebut, dan al-Quran sendiri semenjak empat belas kurun yang lalu telah memperkatakan tentang hal ini sama ada ianya dalam bentuk talmihat (imbasan) ataupun dalam bentuk yang lebih nyata seperti tentang proses kejadian manusia dan sebagainya. Bahkan ulama sendiri telah ada kecenderungan dalam mentafsirkan ayat-ayat Allah S.W.T tersebut berasaskan tafsiran ilmi atau sains.

SEJARAH TAFSIR ILMI
Pada pertengahan kurun ke-19 kedudukan dunia Islam semakin mundur, manakala dunia Barat bertambah maju dari segi ilmu sains dalam sektor pembuatan dan perkilangan. Pergerakan kristianisasi dan orientalis mula masuk ke dunia Islam sebagai pengintip sebelum datangnya tentera untuk menjajah dunia Islam dari segi ketenteraan, ekonomi, politik dan pemikiran. Mereka berazam untuk meruntuhkan kerajaan Islam yang berpusat di Istanbul. Maka dengan demikian lahir golongan yang merasakan mereka perlu kembali kepada sumber ilmu dan keimanan iaitu al-Quran yang mana terdapat isyarat kepada segala unsur ilmu.

Tafsir ilmi mula berputik dan berkembang dengan pesatnya pada kurun ke-20. Tafsir ini telah mendapat tempat di sisi cendekiawan Islam yang alim tentang sains dan al-Quran. Oleh itu lahirlah pengarang kitab-kitab yang cuba mensabitkan al-Quran dengan semua ilmu yang ada dilangit dan dibumi. Mereka percaya bahawa ia merupakan satu sudut yang penting untuk menjelaskan tentang kebenaran Al-Quran dan i’jaznya sesuai untuk sepanjang masa dan zaman.


PENGERTIAN
Tafsir ilmi mengikut al-Zarkasyi ialah ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan memahami keterangan makna-maknanya dan mengeluarkan segala hikmah serta hukum-hukumnya.

Menurut al-Zahabi tafsir ilmi ialah tafsir yang membincangkan tentang perkara-perkara saintifik dan ilmiah di dalam ayat-ayat al-Quran dan berusaha mengeluarkan berbagai ilmu dan pandangan secara falsafah daripadanya.
Para ulama memberi pengertian yang hampir sama terhadap tafsir ilmi, di mana semua pendapat itu dapat disimpulkan menjadi satu pengertian yang syumul iaitu tafsir ilmi ialah: Tafsir yang membahaskan tentang ayat-ayat Kauniyyat di dalam al-Quran dan seterusnya mentafsirkannya berpandukan teori-teori dan penemuan-penemuan sains yang thabit yang tidak berubah-ubah, di mana ianya tidak diketahui pada zaman al-Quran diturunkan bagi menunjukkan bahawa ianya bukanlah ciptaan nabi Muhammad s.a.w. tetapi adalah salah satu dari cabang I’jaz al-Quran. (Mazlan Ibrahim, 2005).

KARYA-KARYA TAFSIR ILMI
1. Jawahir al-Quran karya Imam al-Ghazali
2. 'al-Itqan fi 'Ulum al-Qur'an' karya Jalal al-Din al-Suyuthi (w 911 H).
3. Al-Jawahir fi Tafsir al-Qur'an al-Karim karya Tanthawi Jauhari
4. Tafsir Mafatih Al Ghayb karya al Razy (w. 666 H)

KAEDAH PENTAFSIRAN TAFSIR ILMI
Pentafsiran al-Quran mempunyai metodologinya yang tertentu. Oleh itu, penggunaan ilmu-ilmu sains semasa bagi mentafsirkan al-Quran tidak boleh berlandaskan akal semata-mata dan adalah dilarang sama sekali kerana kebiasaannya mereka yang menggunakan akal semata-mata tidak merujuk kepada tafsiran yang muktabar. Sehubungan ini, hadis hasan daripada Tirmizi, an-Nasi dan Abu Daud, nabi bersabda: “Sesiapa yang mentafsirkan al-Quran dengan menggunakan akal semata-mata ataupun berdasarkan sesuatu yang tidak difahaminya, sila ambil tempatnya dalam neraka”. (Dr. Danial Zainal Abidin 2007)

Ulama tafsir menyatakan tafsiran terbaik adalah tafsiran yang diambil daripada al-Quran sendiri. Sekiranya perincian maksud sesuatu ayat tidak diperoleh daripada al-Quran, maka perlulah merujuk kepada sunah atau hadis kerana ia berfungsi sebagai penerang dan pelengkap kepada al-Quran. Sekiranya maksud sesuatu ayat masih belum jelas, maka rujuklah para sahabat kerana mereka adalah orang yang paling mengetahui al-Quran. Sekiranya perincian masih belum diperoleh, maka perlulah dimanfaatkan pendapat ulama kerana mereka adalah anak murid kepada sahabat nabi.

SYARAT-SYARAT MENTAFSIR DENGAN TAFSIR ILMI
Bagi mereka yang ingin mentafsir al-Quran dengan tafsiran ilmi, ianya hendaklah memenuhi syarat-syaratnya terlebih dahulu demi menjaga kesuciannya dan juga terdedahnya kepada keraguan, diantara syarat-syaratnya ialah: (Al-‘Ak, Sheikh Khalid Abdurrahman, 2007).

Pertama: Hendaklah iltizam dengan syarat-syarat yang telah dinyatakan oleh golongan yang menerimanya dengan syarat

Kedua: Tidak mentafsirkan ayat-ayat Kauniyyat melainkan dari dua golongan:
i. Mereka yang ahli dalam bidang pengajian ilmi Tabi’at (Kauniyyat)
ii. Mereka yang ahli dalam bidang ilmu Tafsir

Ketiga: Tidak memperluaskan perbincangan di dalam mentafsir ayat sehingga dapat mengeluarkannya daripada satu kitab tafsir kepada kitab kajian ilmiah di dalam tajuk-tajuk tertentu.

Keempat: Jangan memisahkan ayat-ayat yang mempunyai hubungan yang amat rapat di antara satu sama lain di dalam tajuk-tajuknya, di dalam mentafsirkan tafsiran ilmi.

Kelima: Hendaklah beriman bahawa sesungguhnya Kauniyyat di dalam al-Quran adalah satu hakikat yang tidak bertentangan dengan alam yang dapat kita lihat, dan setiap pertentangan adalah disebabkan sama ada pendeknya kajian ilmu tersebut atau meyempitkan makna nas.

Keenam: Hendaklah tidak ditafsirkan al-Quran dengan tafsiran ilmiah melainkan dengan keyakinan dan bukannya dengan teori-teori atau andaian-andaian. (Mazlan Ibrahim, 2005).

CONTOH TAFSIR ILMI
Antara contoh tafsir ilmi ialah sebagaimana Tanthawi mentafsirkan ayat al-Quran mengenai kejadian manusia dan tumbuh-tumbuhan, menerusi firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan, maka ketahuilah sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami menjelaskan kepada kamu. Dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian dengan beransur-ansur kamu menjadi dewasa, dan dia antara kamu ada yang diwafatkan dan ada pula diantara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, dan ia tidak mengetahui lagi sesuatu yang pernah ia ketahui. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila Kami turunkan air diatasnya, hiduplah bumi dan subur serta tumbuhlah berbagai macam tumbuhan yang indah"

Dalam menafsirkan ayat ini Tanthawi memberikan kiasan bahwa manusia itu berasal dari tanah, sebagaimana juga haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Unsur air juga menjadi penyebab tumbuhnya manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Setelah menjelaskan proses keajaiban manusia di dalam rahim seorang ibu, ia menegaskan bahwa inilah dalil penting tentang ilmu embriologi manusia dan ilmu ini wajib dipelajari. Tanthawi berpendapat bahawa ayat di atas menunjukkan betapa pentingnya ilmu alam dan mempelajarinya adalah satu hal yang wajib. Ini kerana Al-Quran hanya memberikan petunjuknya secara global dan untuk kesempurnannya diperlukan pengetahuan yang lain.

KEPENTINGAN TAFSIR ILMI

1.Sebagai dalil kewujudan dan membuktikan keesaan Allah S.W.T

Di dalam al-Quran telah dijelaskan dengan terang tentang kewujudan Allah. Namun, disebabkan sikap manusia yang tidak pernah cukup dengan bukti yang ada. Maka, Allah menurunkan ayat-ayat kauniyyat supaya manusia dapat membuat penilaian di sebalik ciptaan langit, bumi, matahari, bintang dan segala apa yang ada di perut bumi bahawa terdapat satu kuasa hebat yang menciptakannya. Persoalan siapa pencipta langit, bumi dan segala yang ada di alam semesta ini kerap diulangi dan diperdengarkan dengan soalan-soalan yang boleh membuka hati dan pandangan mata hati yang terkunci. Oleh itu, tafsir ilmi sebagai penerang kepada isyarat-isyarat yang terdapat dalam ayat-ayat kauniyyat ini sekaligus menjawab persoalan-persoalan tadi. Maka penjelasan daripadanya akan menjadikan manusia dapat melihat kewujudan Allah S.W.T sebagaimana yang tersirat pada alam.(Noor Hashimah Razalli,1995).

Seterusnya, banyak ayat-ayat dalam al-quran yang membuktikan keesaan Allah S.W.T contohnya dalam surah al-Mu’minun ayat 91 ada menerangkan bahawa Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Sekiranya Allah itu lebih daripada satu sudah tentu akan berlaku banyak krisis disebabkan oleh perbezaan ilmu dan kemahuan. Namun apabila kita memandang bintang, matahari, bulan dan segala cekerawala di langit tidak pernah berlaku perlanggaran antara satu sama lain. Kesemuanya sentiasa bergerak di atas paksinya sejak beribu tahun dahulu.

2.Menunjukkan keharmonian antara al-Quran dengan sains

Menurut Dr. Danial Zainal Abidin (2007), Sains dan Quran tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun, al-Quran bukanlah sebuah buku sains. Al-Quran merupakan wahyu daripada Allah sebagai petunjuk supaya manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Terdapat di dalamnya ayat-ayat yang menceritakan mengenai kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya yang mana fonomena-fenomena tersebut dianggap sebagai sains oleh manusia berdasarkan cerapan dan kajian yang dilakukan. Secara dasarnya, penemuan yang sahih mengenai alam tidak akan bercanggah dengan al-Quran. Hal ini disebabkan al-Quran dan alam datang daripada Allah. Quran diturunkan oleh Allah dan alam juga diciptakan oleh Allah, kedu-duanya diciptakan oleh Allah. Justeru hubungan kedu-duanya adalah suatu hubungan yang harmonis.

3.Sains memantapkan kefahaman al-Quran dan kemantapan iman

Semasa mentafsirkan ayat-ayat tertentu, kadangkala ulama berijtihad dengan mengutarakan pandangan mereka sendiri bertujuan bagi memperincikan maksud ayat. Ada kalanya pandangan mereka ini tidak selari malah kadangkala bercanggah dengan penemuan semasa. Hal ini berlaku disebabkan terdapat perkataan-perkataan Arab yang mempunyai pelbagai maksud.

Sebagai contoh, dalam surah at-Toriq yang bermaksud, “Maka hendaklah manusia memerhatikan daripada apakah dia diciptakan? Dia diciptakan daripada air yang terpancar, yang keluar antara sulbi dan taraib.” Ayat ini melahirkan pelbagai pendapat di kalangan ulama. Ramai ulama mentafsirkan sulbi sebagai tulang belakang lelaki. Berhubung dengan perkataan taraib pula, terdapit pentafsir yang menafsirkannya sebagai ‘tulang dada wanita’. Dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, Imam Qartubi melaporkan pandangan Imam Qatadah yang berkata, “(air mani) terbit antara tulang belakang lelaki dengan tulang dada wanita”. Pentafsiran-pentafsiran ulama seolah-olahnya menggambarkan air mani terbit daripada tulang dan pandangan ini sememangnya bercanggah dengan penemuan semasa. Said Hawa dalam al-Asas fi al-Tafsir agak kritikal dengan beberapa pentafsiran yang dibuat oleh ulama berhubung dengan ayat ini. Beliau berkata, “ kefahaman yang salah berhubung dengan ayat berpunca daripada pentafsiran yang salah antaranya berkaitan tafsiran perkataan sulbi yang sering dikaitkan dengan tulang belakang begitu juga dengan perkataan taraib yang sering dikaitkan dengan dada wanita secara khusus”

Berbekalkan fakta-fakta dalam bidang embriologi dan anatomi, dikaitkan pula dengan bahasa Arab dan pandangan ulama berhubung dengannya, akhirnya barulah kita menyedari mengenai betapa hebatnya dan saintifiknya ayat ini. Rupa-rupanya kawasan sulbi dan taraib berkait rapat dengan sistem seksual dan peranakan. Justeru, ayat ini menceritakan mengenai asal-asul manusia yang dijadikan daripada air yang mengandungi benih yang terpancar daripada sistem ini.

Selain itu, apabila penjelasan tadi atau sains dikaitkan pula dengan wahyu Allah, maka akan menghasilkan satu perubahan iaitu dapat membuka mana-mana hati yang tersumbat dari nur Islam ataupun mengubah kekufuran itu kepada keimanan. Oleh itu, umat Islam perlu menguasai al-Quran dan ilmu-ilmu sains kerana kedua-duanya membantu mendekatkan diri kita kepada Allah. Selain itu, fakta-fakta dan ilmu-ulmu semasa membantu kita memahami ayat-ayat tertentu secara lebih tepat. Ayat-ayat al-Quran tidak pernah tersilap. Justeru, jika terdapat pentafsir-pentafsir memberikan tafsiran yang tidak tepat, ia bukanlah bererti ayat itu tidak sesuai dengan ilmu pengetahuan, melainkan pentafsir itulah yang tidak ada ilmu pengetahuan.

4.Mengasah akal supaya berfikir dan suka mengkaji.

Al-Quran mengandungi ayat-ayat kauniyyat yang menggalakkan seseorang itu berfikir. Ada kalanya ayat tertentu memerlukan penjelasan daripada ayat-ayat lain di dalam al-Quran akan menjadikan golongan yang berminda progresif dan sentiasa ingin mengkaji terutama yang berkaitan alam ini. Malah Allah akan memberi penghormatan kepada golongan yang suka mengkaji alam. Al-Quran sememangnya mahu umat Islam memiliki minda yang saintifik iaitu minda yang kuat berfikir, kritikal, mampu menganalisis data dan fakta, serta mampu membuat andaian dan kemudiannya membuat kesimpulan kepada apa yang dicerap dan dikaji. Minda seperti inilah yang ingin dilahirkan oleh Islam kerana Islam menyuruh umatnya supaya tidak mengikut sesuatu yang tidak bersandarkan bukti dan dalil. Apabila manusia berfikir dan mengkaji, maka akan bebaslah manusia dari taqlid buta kepada kepercayaan karut dan khurafat.

5.Melawan hujah-hujah orang-orang yang tidak mempercayai kenabian nabi Muhammad SAW dan kebenaran al-Quran.

Sesungguhnya al-Quran diturunkan supaya kita memahaminya dan ayat-ayat kauniyyat yang terdapat di dalam al-Quran tidak mampu difahami oleh manusia dengan hanya mengikut bahasa sahaja. Orang-orang Islam pada hari ini sedang berhadapan dengan kezaliman manusia yang tidak mempercayai kenabian nabi Muhammad SAW dan juga kebenaran al-Quran. Maka dalil-dalil dari ayat-ayat kauniyyat inilah di antara sebaik-baik wasilah untuk melawan hujah-hujah mereka di zaman sekarang dengan menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh mereka sendiri.

PANDANGAN ULAMA TERHADAP TAFSIR ILMI

Golongan yang menerima Tafsir Ilmi

1. Al-Ghazali

Abu Hamid al-Ghazali al-Thusi seorang ahli falsafah dan juga tasawwuf yang meninggal pada 1111 Masihi bersamaan 505 Hijrah. Al Ghazali menulis sebuah kitab dengan judul Jawahirul Quran, di dalamnya terdapat bab khusus yang menerangkan bagaimana ilmu yang berasal dari Al Quran sudah bercabang-cabang. Yang dimaksud dengan ilmu yang yang sudah bercabang-cabang ialah ilmu-ilmu keagamaan, berbagai macam ilmu dunia, ilmu bahasa, ilmu-ilmu yang telah ada dan yang masih terus dipelajari, ilmu yang sebenarnya sudah ada tetapi belum dikenal manusia, dan ilmu-ilmu yang akan muncul kemudian hari. Menurut Al Ghazali, semua ilmu tersebut bukan berada di luar al-Quran, melainkan ditimba dari Al Quran. (Muhammad Husayn al-Dhahabi, 1976).
Imam al-Ghazali merupakan salah seorang yang paling gigih menyebarluaskan idea tafsir ilmi ditengah-tengah perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Beliau menghuraikan secara panjang lebar penjelasannya ini dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin dan Jawahir al-Quran, melalui kata-kata Ibn Mas’ud yang bermaksud: “ Sesiapa yang menginginkan ilmu orang-orang yang terawal dan terakhir maka hendaklah dia memerhati dan menghayati al-Quran”. Bertitik-tolak dari kata-kata Ibn Mas’ud itu al-Ghazali berpendapat bahawa setiap ilmu termasuk di dalam af’al Allah dan sifat-sifat-Nya, al-Quran yang menerangkan tentang zatNya af’al dan sifat-sifatNya, ilmu-ilmu ini tiada penghujungnya. Di antara contoh ayat Al-quran yang berkaitan dengan Af’al Allah ialah firman Allah taala yang berkaitan dengan kisah nabi Ibrahim:

“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku”
Surah asy-Syu’araa’: 80

Kalimah al-Syifa’ dan al-Mardh dalam ayat ini ialah di antara af’al Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali orang yang benar-benar tahu mengenai ilmu kedoktoran dan selok-belok penyakit dan juga tanda-tanda penyakit itu dengan lebih luas dan terperinci.
Melalui keterangan dan penjelasan di atas, dapat di fahami bahawa al-Ghazali berusaha menunjukkan kepada kita bahawa al-Quran merupakan sumber ilmu pengetahuan yang tidak terbatas kerana di dalamnya telah diungkapkan af’al dan sifat-sifat-Nya yang hanya dapat ditemukan oleh orang-orang yang memahaminya.
Al-Ghazali juga pernah berkata bahawa segala macam ilmu baik yang terdahulu mahupun yang terkemudian, baik yang telah diketahui mahupun yang belum diketahui dan ianya semua bersumberkan dari al-Quran. Hal ini dibuktikan dengan banyaknya penemuan-penemuan yang telah dilakukan oleh al-Ghazali sebagai pembuktian akan kebenaran sains yang banyak dijelaskan oleh al-Quran.

2. Jalaluddin Assuyuti

Menurut Muhammad Husayn al-Dhahabi (1976), Jalaluddin Assuyuti adalah salah seorang yang menyokong dan menerima penggunaan tafsir Ilmi ini. Adapun alasan beliau sama halnya dengan Al-Ghazali dan beliau telah jelaskan secara panjang lebar dalam kitabnya ‘Itqan’, yang mana antara intipatinya ialah: “Bahawa hakikat seluruh ilmu itu bersumber dari Al Qur’an”. Hal ini berdasarkan pada firmanAllah:

“Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu”
Surah an-Nahl: 89

“Tiadalah Kami alpakan sesuatupun di dalam Al Kitab”
Surah al-An’aan: 38

3. Abu Al fadl Al Mursi

Abu Al fadl Al Mursi pula mengatakan bahawa segala macam ilmu baik yang terdahulu mahupun yang kemudian adalah bersumber dari Al Quran. Seperti: ilmu kedoktoran, fizik, industri, dan sebagainya. Dalam ilmu kedoktoran, Al Quran mencakupi cara dan langkah-langkah yang perlu ditempuh seseorang menuju hidup sihat serta menjadikan tubuh kuat. Berikut ini adalah ayat yang berhubungan dengan kedoktoran:

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia”
Surah al-Nahl: 69

Selain ayat di atas, masih banyak lagi ayat-ayat yang menjelaskan tentang hal-hal ilmiah. Di akhir tafsirnnya, Abu Al Fadl berkata bahawa dalam Al- Quran terkandung segala ilmu baik ilmu pengetahuan, baik yang sudah ada namanya atau belum. Sebagaimana yang diisyaratkan oleh al-Quran: Al An’am ayat 38 dan An Nahl ayat 89, serta beberapa buah hadis.

4. Tanthawi Jauhari

Menurut al Tanthawi beliau telah meneliti ayat-ayat al-Quran yang memberikan hasil bahwa tidak kurang dari 750 ayat al Quran yang bercerita dan mendorong manusia ke arah kemajuan ilmu pengetahuan. Disamping itu, al-Quran juga merupakan mukjizat ilmiah, oleh kerana ia mencakupi segala macam-macam penemuan dan teori-teori ilmiah moden. Mereka berkata: “Al-Quran itu menghimpun ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu pengetahuan yang tidak kesemuanya dapat dijangkau oleh manusia, bahkan lebih dari itu ia mengemukakan hal-hal jauh sebelum ia turun dan yang akan terjadi. Di dalamnya terdapat pula kaedah-kaedah yang menyeluruh dan prinsip-prinsip umum tentang hukum alam yang boleh kita saksikan, fenomena-fenomena alam yang boleh kita lihat dari waktu ke waktu dan hal-hal lain yang boleh diungkap oleh ilmu pengetahuan moden dan kita menduga itu semua sebagai suatu yang baru. Itu semua sebenarnya bukan suatu yang baru menurut al-Quran, sebab kesemuanya telah diungkap dan diisyaratkan oleh ayat-ayat muhkamat dalam Al Quran.”

“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamanya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.
Surah al-A’raf: 58

Adapun ayat diatas menunjukan bahawa walaupun dengan kehendak dan keizinan-Nya supaya segala tumbuhan menjadi dan subur, tetapi kesesuaian tanah dan kesuburan tanah juga merupakan syarat tumbuhnya tanaman tersebut, kerana tidak semua tanaman dapat tumbuh pada tanah yang sama. Tafsiran ini menunjukkan bahawa Tanthawi berusaha untuk memberikan pengertian atau situasi baru, bahwa Al Quran sudah memberikan petunjuk tentang keilmiahannya, dan keilmiahan itu sesuai dan berlaku dengan ilmu pengetahuan yang ada.

Usaha Tanthawi Jauhari dalam menafsirkan ayat al-Quran dengan pendekatan tafsir ilmi ini mendapat sambutan yang baik dari berbagai kalangan ulama tafsir ilmi, sehingga sekarang banyak kemunculan kitab yang mengulas secara ilmiyah, seperti yang dilakukan oleh Hanafi Ahmad dengan kitabnya at-Tafsir al-Ilmi li al-Ayah al-Kawniyah, dan juga kitab-kitab lain yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

5. Fakhruddin al-Razi

Abu Abullah Fakhruddin al-Razi adalah seorang mufassir yang berasal dari Tabrustan Iran, sebuah tempat yang dibuka oleh orang-orang Islam pada zaman khalifah Othman bin Affan. Beliau mentafsirkan ayat kauniyyat dan teori ilmiah bagi memudahkan orang lain untuk memahami kitab Allah. Di antaranya contoh ayat yang ditafsirkan oleh beliau ialah ayat 16 dari surah al-Nahl yang berkaitan dengan lebah dan keajaiban-keajaiban yang ada pada lebah, bagaimana lebah membina rumah dan bagaimana Allah mengilhamkan kepada lebah untuk menghasilkan madu dari bunga.

“Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan) dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk”
Surah an-Nahl: 16

6. Harun Yahya

Perkembangan ilmu pengetahuan moden ketika ini telah memperbanyakkan lagi kemunculan hasil-hasil pentafsiran yang bercorak ilmi. Pentafsiran seperti ini biasanya menekankan pada pembahasan tentang ayat-ayat kauniyyat yang ditafsirkan dengan menggunakan penemuan-penemuan ilmiah sebagai penjelasan dari ayat-ayat kauniyyat tersebut. Model pentafsiran yang seperti ini dilakukan oleh Harun Yahya untuk mentafsirkan ayat-ayat tentang keruntuhan teori evolusi Darwin terutamanya mengenai asal-usul manusia yang disesuaikan dengan penemuan-penemuan ahli bidang antropologi dan biologi moden seperti Roy Britten dan tokoh-tokoh lainya. Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah:

“Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah”
Surah as-Sajdah: 7

Pentafsiran ayat-ayat yang berkaitan dengan teori evolusi Darwin oleh Harun Yahya ini difokuskan pada beberapa ayat yang mengetengahkan asal-usul manusia. Perbezaan tentang penciptaan manusia menurut Darwin dan al-Quran inilah yang mendorong Harun Yahya mengkaji dan meneliti dengan menggunakan teori sains. Hasil yang diperolehi dalam penelitian tersebut adalah bahawasanya Harun Yahya dengan tegas menolak apa yang dikatakan oleh Darwin dalam slogannya bahawa asal-usul manusia tercipta dari bangsa kera. Kerana dalam pandangan Harun Yahya teori evolusi ini runtuh dengan beberapa sebab diantaranya:

1. Jenis-jenis makhluk hidup tidak boleh berubah dan tidak mungkin terjadi perubahan dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Conyohnya: seekor ikan tidak akan menjadi seekor burung atau seekor mamalia seperti ikan paus duduk didarat.
2. Setiap jenis makhluk yang hidup lahir dari leluhur yang sama.
3. Tiada catatan fosil yang menunjukkan atau merekod bentuk transisi yang mungkin berlaku.
4. Kerumitan dan kesempurnaan pada tubuh dari DNA makhluk hidup tidak berlaku kerana kebetulan, tetapi merupakan bukti bahawa ada yang merancang kerumitan tersebut.

Golongan yang menolak Tafsir Ilmi

1. Sesungguhnya al-Quran adalah kitab aqidah, syariat, adab dan kitab hidayah. Dan bukanlah tujuannya kita memperkatakan tentang kajian-kajian ilmiah, memadai ianya hanya mengarahkan manusia agar melihat dan berfikir. Dan ianya tidka bertentangan dengan hakikat ilmiah.
2. Sesungguhnya aliran ini boleh memesongkan manusia dari hidayah al-Quran dan tujuannya yang asas, serta boleh menimbulkan syak umat Islam terhadap al-Quran
3. Sesungguhnya teori-teori sains sentiasa terdedah kepada perubahan dari semasa ke semasa. Apabila kita sandarkan teori-teori tersebut kepada al-Quran akan membuatkan al-Quran sendiri terdedah mengikut perubahan tersebut.
4. Dengan tafsiran berbentuk ilmi ini banyak menyebabkan perubahan pada asal bahasa dan terkeluar daripada balaghah al-Quran
Demikianlah secara ringkasnya hujah-hujah golongan yang menolak aliran tafsir ilmi. Mungkin kita dapat menerima pendapat-pendapat tersebut sebagai pandangan atau pendapat mereka yang ingin kesucian al-Quran tidak tercemar dengan segala perubahan yang sentiasa berkisar pada teori-teori sains. Tetapi perlu juga kita yakini bahawa golongan ulama dan ahli tafsir yang menyokong tafsiran Ilmi juga adalah sependapat dengan golongan tersebut bahawa kesucian al-Quran wajib dijaga dan dipelihara dari sesuatu yang boleh merosakkan al-Quran itu sendiri dari satu sudut yang boleh memesongkan aqidah umat Islam dari sudut yang lain.

Seterusnya dengan berpandukan kepada hujah-hujah di atas untuk menolak tafsir Ilmi secara total sebagai satu aliran dari aliran tafsir al-Quran adalah suatu yang mungkin dapat kita bincangkan berdasarkan kepada beberapa sebab :-
• Sungguhpun al-Quran sebagai kitab hidayah, tidak bermakna di dalamnya tidak terdapat isyarat-isyarat atau asas-asas kepada ilmi sains, yang mana ianya menjadi lebih terang dan jelas bagi sesiapa yang mengkaji ilmu-ilmu tersebut dengan lebih mendalam. Sebagaimana kita dapati bahawa al-Quran memperkatakan tentang bumi, langit, matahari, bulan, malam, siang dan apa yang ada kaitan dengan ala mini, sebagaimana juga ia membicarakan tentang manusia, haiwan dan tumbuhan. Jadi, apa yang diperkata dan dijelaskan di dalam al-Quran tidaklah menafikan al-Quran sebagai kitab hidayah, bahkan apa yang diperkata dan dijelaskan di dalam al-Quran tersebut juga merupakan satu jalan dari jalan-jalan dan manusia mendapat hidayah.

• Antara syarat-syarat yang diwajibkan bagi mentafsir al-Quran dengan tafsir Ilmi dan teori-teori sains antaranya ialah tafsiran itu hendaklah berpandukan kepada teori-teori dan penemuan yang thabit dan tidak berubah, dan juga tidak boleh menta’wilkan mana-mana ayat yang zahir dari maknanya yang hakiki kepada makna majazi melainkan adanya dalil atau qarinah yang terang dan nyata bahawa makna yang dikehendaki tersebut adalah makna majazi. Maka, di sini tidak timbul persoalan mengubah makna dari makna hakiki kepada makna majazi atau teori-teori yang tidak thabit dan berubah kerana apa yang dimaksudkan di sini hanyalah makna yang tetap sahaja iaitu sama ada hakiki atau majazi dan teori-teori yang thabit semata-mata.

• Sebagaimana kita tidak menafikan bahawa al-Quran adalah sebuah kitab hidayat pada tahap yang pertama. Tetapi pada waktu yang sama kita juga harus mengakui bahawa terdapat di dalamnya dalil-dalil ilmiah dan mukjizat kauniyyat, di mana Allah s.w.t telah mengarahkan kita agar menyeru (mengkhitab) manusia dengan apa yang mereka sedari dengan bahasa yang mereka fahami, di antaranya ialah menjelaskan kandungan ayat-ayat al-Quran dan apa yang terkandung di dalamnya dari I’jaz ilmi atau I’jaz kauni.

Muhammad Mustapha Maraghi berkata :

1. Wajib bagi kita tidak mentafsirkan al-Quran dan sains dengan ayat-ayat al-Quran, akan tetapi apabila adanya persamaan di antara zahir ayat dengan hakikat sains yang tetap (thabit) maka hendaklah kita mentafsirkan dengannya.

2. Katanya lagi, aku tidak ingin mengkaitkan bahawa di dalam al-Quran mengandungi segala bentuk ilmu semua sekali sama ada secara ringkas ataupun secara detail dengan gaya pembelajaran yang kita sedia maklum. Akan tetapi apa yang ingin aku katakan ialah al-Quran didatangkan dengan usul-usul umum bagi semua perkara yang perlu manusia mengetahuinya bagi mencapai darjat kesempurnaan sama ada pada jasad atau ruhnya, seterusnya meninggalkan para-para ilmu itu tidak terbuka bagi para cendiakawan dan saintis menjelaskan kepada manusia juzuk-juzuk atau bahagian-bahagian ilmu itu dengan lebih terperinci (Madkhat Hafiz Ibrahim t.th : 193). Para ulama memberi pengertian yang hampir sama terhadap tafsir ilmi, di mana semua pendapat itu dapat kita simpulkan menjadi pengertian yang syumul, iaitu :

 Tafsir yang membahaskan tentang ayat-ayat kauniyyat di dalam al-Quran dan seterusnya mentafsirkannya berpandukan teori-teori dan penemuan-penemuan sains yang thabit, yang tidak berubah-ubah, di mana ianya bukanlah ciptaan nabi Muhammad s.a.w tapi adalah salah satu dari cabang I’jaz al-Quran.


Penolakan tafsir Ilmi

Apabila pemikiran golongan tafsir Ilmi diterima di sisi kebanyakan al-mutaqaddimin, dan kebanyakan penambahan diterima di sisi kebanyakan al-muta’akhirin. Maka sesungguhnya, ia tidak bertentangan dengan yang diterima di sisi sebahagian ulama al-mutaqaddimin manakala tidak bertentangan dengan yang diterima di sisi sebahagian ulama muta’akhirin dari mereka juga.

As-Syatibi

Tokoh pemimpin yang menentang pemikiran tafsir Ilmi ini dalam zaman terdahulu ialah pakar pemikiran, Abu Ishak Ibrahim Bin Musa As-Syatibi. Berasal dari Andalusia, meninggal pada tahun 790 hijrah. Beliau memberi alasan bahawa al-Quran bukan buku ilmu pengetahuan tapi ia adalah kitab yang membawa petunjuk bagi manusia ke jalan yang benar. Untuk memahami dan menginterpretasikan al-Quran tidak perlu mengaitkan ayat-ayat al-Quran dengan kebenaran-kebenaran ilmiah dan teori-teori ilmu alam. Akan tetapi cukup dengan memahami ayat-ayat al-Quran dengan mengungkapkan makna-makna yang ditunjukkan oleh teks ayat dan benar-benar sesuai dengan konteksnya tanpa melangkah terlalu jauh dan lepas ke makna yang tidak ditunjukkan oleh teks ayat dan hal-hal lain yang tidak perlu diungkap dalam kaitan dengan pensyari’atan agama Islam dan fungsi al-Quran sebagai kitab hidayah (petunjuk). Kalaupun dari ayat al-Quran itu sendiri tidak boleh menjawab persoalan yang ada, maka kita merujuk ke Sunnah Rasul, dan apabila sunnah tidak dapat menjawab persoalan itu juga, maka kita merujuk ke sahabat.

Asy-Syatibi berpendapat bahawa menggunakan ayat al-Quran “Tidak ada suatu ayat pun yang kami alpakan didalam al-Quran”, sebagai dalil untuk memperluas penafsiran ilmiyah, tidaklah dapat diterima, kerana yang dimaksudkan dengan kata al-Kitab dalam ayat tersebut adalah Loh Mahfuz. Lebih lanjut lagi, asy-Syatibi mengatakan mengenai hal ini :

“Menambahkan sesuatu yang tidak semestinya ada dalam al-Quran adalah tidak boleh. Sebagaimana tidak dibolehkan mengingkari apa yang sudah semestinya menjadi pengertian al-Quran. Setiap orang harus membatasi diri dalam mencari rujukan untuk dapat memahami al-Quran (pada apa yang diketahui orang-orang Arab pada masa dulu) Dengan demikian, akan sampai kepada pengetahuan tentang hukum-hukum syari’at. Barang siapa yang menggunakan cara selain itu, maka ia akan sesat dalam memahami al-Quran dan berbicara yang tidak semestinya mengenai Allah dan Rasul-Nya”.

Menurut Muhammad Husayn al-Dhahabi, (1976). Pada hari ini, kita boleh mengenali As-Syatibi menerusi kitabnya Al-Muwafaqat yang mengandungi perbahasan yang khusus tentang kehendak syarak (maqasid al-syari’). Ianya terbahagi pula kepada bahagian penjelasan (syarah) dan penerangannya (bayan). Dan yang penting bagi kita ialah melihat kepada bahagian yang kedua iaitu (penerangan kehendak syarak dalam meletakkan syariah untuk difahami). Dan bagi masalah ketiga adalah terdiri daripada permasalahan bahagian ini yang kita temuinya diikrarkan bahawa syariat ini ialah syariat yang membawa berkat dan kebaikan, kerana ahlinya (orang-orangnya) juga seperti itu.

Menurut As-Syatibi lagi, batallah apa yang telah batil dan jelaslah manfaat terhadap apa yang membawa manfaat dengannya. Kemudian disebutkan daripada ilmu-ilmu yang sahih bahawa orang Arab juga mengambil berat tentang ilmu bintang dan apa yang telah ditetapkan dengannya. Mereka juga (orang Arab) yang hidup dimasa dakwah Nabi Muhammad S.A.W berkewajiban memahami al-Qur’an. Dan maksud diikrarkan al-Quran dalam tajuk-tajuk yang banyak seperti firman Allah:

“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui”
Surah al-An’aam: 97

Dan disebutkan juga tentang ilmu al-anwah , hujan yang turun, lakaran awan, desiran angin dan sebagainya. Dan ditunjukkan baginya ayat-ayat dari al-Quran, firmanya :

“Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung. Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan haililintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dialah Tuhan Yang Maha keras seksa-Nya”
Surah ar-Ra’d: 12 & 13
Dan firman Allah lagi, :-

“Itu adalah di antara berita-berita penting tentang yang ghaib yang kami Wahyukan kepadamu (Muhammad); tidak pernah kamu mengetahuinya dan tidak pula kaummu sebelum ini. Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa”
Surah Huud: 49

Kemudian, As-Syatibi menjelaskan pandangan tujuan ini dengan mengetahui tentang fikiran orang terdahulu dari pandangan mereka terhadap al-Quran. Sesungguhnya bagi salafussoleh, (sahabat dan tabiin) dan daripada segolongan mereka yang arif tentang al-Quran dan dengan ilmunya dan apa yang diseru dengannya, tetapi tidak disampaikan kepada kita. Dan apa yang telah ditetapkan dengannya adalah dari hukum-hukum yang telah ditetapkan. Sesungguhnya apa yang wujud di sisi mereka, dan itu adalah dalil ke atas al-Quran bukan kehendak dengan apa yang ditakrirkan daripada sesuatu.

Kemudian, as-Syatibi mengambil dalil-dalil:

“(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas diri mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu (Muhammad) mejadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri”
Surah an-Nahl: 89

Kemungkinan mereka menggunakan dalil di atas berhubung dakwaan mereka itu dengan firman Allah yang berkaitan dengan (Kami turunkan kepadamu kitab dan jelaskan tentang segala-galanya) serta banyak lagi ayat-ayat lain yang terkandung dalam al-Quran.

Usaha yang sama juga telah dilakukan oleh ulama tafsir seperti Abu Hayyan al-Andalusi, yang telah mengkritik mufassir ilmi Fakhrur Razi, dimana ia menganggap tafsirnya telah menyimpang dari cakupan ilmu tafsir; juga Dr. Abd al-Majid Abdussalam al-Muhtasib, dalam kitabnya Ittijahat at-Tafsir fi al-Ashr al-Hadis, dimana setelah ia menguraikan panjang lebar tentang pendapat yang dilontarkan oleh para ulama tafsir ilmi dan juga para ulama tafsir yang mengingkarinya dan disimpulkan seperti berikut:

“Saya tidak mengakui (mengingkari) orientasi tafsir Ilmi terhadap al-Quran. Tidak dibenarkan memaksakan ayat-ayat al-Quran terhadap ilmu-ilmu kealaman. Saya tidak setuju kepada orang-orang yang berusaha mengambil teori-teori ilmiyah dari ayat-ayat al-Quran. Sesungguhnya al-Quran al-Karim bukanlah kitab ilmu pengetahuan seperti kimia, ilmu atom, geometri, ilmu falak, ilmu fizik, dan lain sebagainya. Tetapi , al-Quran diturunkan Allah kepada nabi Muhammad S.A.W agar menjadi kitab hidayah, dan rahmat bagi manusia…”

Lebih lanjut al-Muhtasib menguraikan kritiknya terhadap tafsir ilmi dengan mengatakan:
“Cukuplah bagi kita bahawa al-Quran tidak bertentangan (dan tidak akan bertentangan) dengan hakikat ilmu pengetahuan yang diterima oleh akal. Cukuplah bagi kita bahawa al-Quranlah yang membuka pintu akal kaum Muslimin, mendorong mereka mentadabburi, menafakkuri, merenungkan, membahas, memikirkan, dan mendalami ilmu pengetahuan (sains). Cukuplah bagi kita bahwa orang-orang yang kitab sucinya al-Quran telah hidup bersama ilmu dalam suasana harmoni dan kasih sayang, sementara pengikut kitab agama lain telah menjadi tonggak keras yang menghadang ilmu dan para ilmuan di abad pertengahan, yang menyebabkan salah seorang pemikir sesat.

Adapun kritikan yang paling tajam yang pernah dilontarkan kepada para mufassir ilmi adalah apa yang telah dilakukan oleh Dr. Mahmud Syaltut dalam kitabnya Tafsir al-Quran al-Karim, pada bahagian muqaddimahnya ia menulis bahawa ada dua segi yang harus di jauhi atau dibersihkan dalam menafsirkan al-Quran; pertama, menta’wilkan al-Quran menurut pendirian berbagai aliran mazhab; dan kedua, mentafsirkan al-Quran atas dasar teori-teori ilmiyah. Hal ini (kata Mahmud Syaltut lebih lanjut) kerana Allah SWT tidak menurunkan al-Quran kepada manusia dengan tujuan menyajikan teori-teori ilmiyah, teknologi, yang rumit-rumit dan bermacam-macam ilmu pengetahuan.

CONTOH-CONTOH AYAT KAUNIYYAT DALAM AL-QURAN

Ayat kauniyyat ialah ayat-ayat yang menerangkan perkara-perkara berkaitan dengan alam seperti langit yang meliputi segala cekerawala dan juga kehidupan di bumi sama ada tumbuh-tumbuhan, batu-batan, gunung-ganang dan sebagainya yang ada di alam ini. Antara ayat-ayat yang banyak mengandungi ayat-ayat kauniyyat ialah dalam surah Yasin ayat 30 hingga 40 dan ayat 80. Menurut Ibnu Katsir ayat 33 hingga 36 dalam surah ini merupakan dalil tentang kewujudan pencipta yang mempunyai kuasa yang penuh menghidupkan bumi yang sudah mati yang tiada harapan untuk menumbuhkan sesuatu, dapat kembali dengan adanya siraman air hujan. Selain itu, ayat-ayat kauniyyat dalam surah yasin ini menerangkan tentang perkara yang ada di bumi, cakerawala, pertukaran siang dan malam serta kejadian api.

Selain itu, Antara ayat-ayat kauniyyat yang berkaitan dengan bumi ialah ayat 45 surah al-Furqan, ayat 88 surah an-Naml, dan ayat 5 surah az-Zumar. Manakala ayat-ayat yang berkaitan dengan langit dan angkasa terdapat pada ayat 7 surah Al-Dzariat, ayat 1 surah Al-Hijr, ayat 61 surah Al-Furqan dan ayat 7 surah Al-Buruj. Manakala ayat yang berkaitan dengan awan dan angin ialah pada ayat 57 surah al-A’raf.

Contoh-contoh ayat al-Quran:

“Apakah kamu tidak memperhatikan (penciptaan) Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan (dan memendekkan) baying-bayang, dan kalau dia menghendaki nescaya Dia menjadikan tetap baying-bayang itu, kemudian Kami jadikan matahari sebagai petunjuk atas baying-bayang itu,”
Surah al-Furqan: 45

“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap ditempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan,”
Surah an-Naml: 88

“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan,”
Surah adz-Dzariat: 7

“Demi langit yang mempunyai gugusan bintang,”
Surah al-Buruj: 1

“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmay-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran,”
Surah al-A’raf: 57

PENUTUP

Pandangan ahli tafsir dan ulama terhadap tafsir ilmi dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu golongan yang menolak tafsir ilmi dan juga golongan yang menerima. Golongan yang menolak berpandangan bahawa al-Quran adalah kitab hidayah dan bukannya kitab yang membincangkan tentang persoalan dan permasalahan sains dan sebagainya, dan adalah matlamat golongan ini untuk menjaga dan memelihara al-Quran dari perubahan-perubahan yang berlaku terhadap penemuan-penemuan dan hasil-hasil kajian yang sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan ini akan mendedahkan al-Quran kepada kritikan dan keraguan.

Manakala golongan yang menerima mengatakan bahawa di dalam al-Quran terdapat asas-asas umum tentang ilmu, tetapi tidak pula menyatakan bahawa semua ilmu terdapat di dalam al-Quran dan tidak juga menafikan penemuan-penemuan yang sememangnya terdapat nas-nas al-Quran yang memperkatakannya sama ada dalam bentuk imbasan (talmih) atau dalam bentuk yang terang lagi jelas sebagaimana pembentukan manusia.

Sesungguhnya al-Quran adalah kitab suci yang menetapkan masalah akidah dan hukum Syari’ah. Disamping itu, di dalamnya terdapat juga ayat-ayat yang menunjukkan pelbagai kenyataan ilmiah seperti ilmu kedoktoran, embriologi, botani, fizik dan sebagainya. Hal ini memberikan dorongan kepada manusia untuk mempelajarinya, mengkaji dan menelitinya. Dan tidak dinafikan memang ia telah mendatangkan penemuan-penemuan ilmiah yang menyingkap sebahagian dari ilmu alam yang mana masih banyak tidak diketahui oleh manusia.
Sekalipun semua itu ada dalam al-Quran hanya berupa isyarat sepintas, namun kebenarannya selalu dapat dibuktikan oleh ilmu pengetahuan moden, dan untuk mengungkapkan berbagai kenyataan ilmiah itu perlu adanya keberanian untuk menggali dan menyelami makna ayat-ayat yang tidak sedikit jumlahnya. Dengan demikian orang akan dapat memastikan betapa tepat dan benarnya isyarat-isyarat dalam al-Quran. Ayat-ayat al-Quran sentiasa membuka minda dan akal fikiran, serta memberikan pengertian yang benar mengenai apa sahaja. Bahkan al-Quran telah menunjukkan dalil-dalil pembuktian mengenai segala sesuatu, baik yang berada di bawah lapisan bumi mahupun yang berada di ruang angkasa.
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa semua ilmu pengetahuan yang diperoleh dari al-Quran, setelah dikaji dan diteliti kegunaanya secara benar, pasti akan mendorong pemikiran manusia kepada satu titik tujuan, iaitu meyakini bahawa agama Islam adalah suatu kebenaran yang datang dari Allah S.W.T. Oleh sebab itu, manusia akan benar-benar meyakini Islam sebagai agama petunjuk dari Ilahi.

BIBLIOGRAFI

1. Al-Quran al-Karim

2. Al-‘Ak, Sheikh Khalid Abdurrahman, (2007). Usul at-Tafsir wa Qawa’iduhu. Lebanon: Dar an-Nafaes.

3. Danial Zainal Abidin, (2007). Quran saintifik : Meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains. Selangor : PTS Millennia Sdn.Bhd

4. Mazlan Ibrahim, (2005 ). Tafsiran Sains terhadap ayat-ayat al-Quran: Satu analisa dari sudut pandangan ulama dan ahli tafsir. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

5. Muhammad Husayn al-Dhahabi, (1976). Al-Tafsir wa-al-mufassirun : Bahth tafsili `an nash'at al-tafsir wa-tatawwurihi wa-alwanihi wa-madhahibihi ma`a `ard shamil li-ashhar al-mufassirin wa-tahlil kamil li-ahamm kutub al-tafsir min `asr al-Nabi salla Allah `alayh wa-sallam ila `asrina al-hadir. Al-Qaherah: Dar al-Kutub al-Hadithah.

6. Noor Hashimah Razalli, (1995). Ayat-ayat kawniyat dalam surah Yasin : Satu kajian ke arah kemantapan iman individu muslim. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

7. Rafiah Hussin, (2000). Metodologi penafsiran surah yunus oleh YAB Dato’ Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat. Latihan ilmiah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

alhamdulilah...inilah hasil kerja kami (xsmpai sminggu pun buat), mgkn bnyk kekurangan tp we try to give our best..da lepas present hr 2, ustaz just minta kmi tmbh kt karya yg lebih fokus kepada ayat2 kauniyyat..syukran adik2 ku..

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Earth Hour : Matikan Lampu Sabtu Ini!


Tahun ini, WWF Malaysia akan melancarkan Earth Hour 2009, dimana buat julung-julung kalinya dilancarkan di Malaysia. Earth Hour adalah satu program untuk menyebarkan kesedaran mengenai penjimatan tenaga dan kepanasan global dengan cara yang amat mudah : Setiap orang, di mana juga anda berada, adalah di galakkan untuk menutup lampu selama satu jam.

Berikan sokongan anda kepada WWF dengan menutup lampu pada 28 Mac 2008 antara jam 8.30-9.30. Sila rujuk web rasmi Earth Hour untuk keterangan lanjut.

"Kekuatan individu tidak akan dapat merubah dunia, tetapi kekuatan bersama sudah tentu dapat membawa perubahan!"

Monday, March 23, 2009

this week!

1. selasa- present madkhal tafsir: tafsir ilmi

2. khamis-test madkhal tafsir: muhadharah 1 til 13
-scrap book: tema kemanusiaan

3. jumaat-present PIDM: j-QAF

4. website already published before 1 April!

hooooo~

salam...

dr smlm perut yang sakit x baik2..np ni?salah mkn ke? (ntah2,terlebih makan...)huhuhu,terpaksa miss 1 klas..aku ada wat dosa ke?...kepada semua,ampunkanlah aku..maafkan segala salah dan silap aku..huuu,sory pg pahang xbgtau...neway,life must go on...just keep on moving meng! sok present madkhal tafsir tajuk tafsir ilmi..skrg dlm proses finalize..huu,ada jugak xdpt dfahami..jumaat present PIDM plak.kna tajuk j-QAF.InsyAllah, da ready da ni...:P.. Ya Allah, mudah-mudahan hari ni semuanya baik-baik belaka..xpe,mana2 ada ujian dan cabaran..blessing in disguise..(sakit puyut)

Ramai guru sakit jiwa


Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.
PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.
BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.
Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.
Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.


Berisiko mendapat penyakit kritikal

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.
“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.
“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.
“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.
Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.
Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.
Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.
“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.
“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.
Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.
Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.
Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.
“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.
“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

Panik mudah serang wanita

KESIHATAN

Panik melampau melibatkan perasaan cemas, takut dan gelisah terhadap sesuatu yang tidak rasional.
PESAKIT berupaya mencetuskan imaginasi di luar kawalan.
"GANGGUAN kecelaruan panik atau panic disorder memang sukar dikesan sehinggalah keadaan menjadi serius. Malah ramai yang menganggap panik atau cemas yang dialami mereka adalah perkara biasa," ujar Prof. Dr. Azhar Mohd. Zain.
Dekan dan Profesor di Psikiatri Klinikal, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mendedahkan, banyak pihak menganggap kehadiran simptom panik melampau sebagai sesuatu yang boleh diperlekehkan.
"Kecelaruan panik merupakan satu keadaan saraf di dalam otak yang menjadikan seseorang itu cukup mudah panik. Dalam erti kata lain, otak seolah-olah mencetuskan kepanikan tersebut," katanya.
Daya sensitiviti otak terhadap kawasan yang melibatkan saraf katastrospik mencetuskan panik tersebut tidak kira tempat atau masa. Jadi apabila terdapat perkara atau perkataan yang boleh 'mengaktifkan' saraf tersebut, pesakit akan mengalami panik.
Azhar berkata, serangan panik melampau itu kebanyakannya melibatkan wanita kerana daya semangat mereka kurang berbanding lelaki.
Ceritanya, terdapat kes sepasang suami isteri bercerai kerana suaminya tidak tahan dengan serangan panik yang dialami oleh isterinya.
"Dia rasa dipermainkan kerana setiap kali si isteri mengalami panik melampau, si suami akan bergegas pulang ke rumah. Namun apa yang didapati ialah isterinya 'sihat'.
"Lama-kelamaan si suami tidak tahan lagi apabila si isteri kerap mengatakan dia takut untuk ke mana-mana atas alasan bimbangkan serangan itu berlaku di luar dan menyebabkannya mati," jelas Azhar.
Berbeza dengan agorafobia, panik melampau melibatkan perasaan cemas, takut dan gelisah terhadap sesuatu yang tidak rasional.
"Malah, pesakit berupaya mencetuskan imaginasi di luar kawalan yang selalunya berkait rapat dengan perasaan tidak selamat, bahaya atau mati," ujar Azhar.
Kajian yang dilakukan Azhar pada tahun 1994 yang melibatkan sekumpulan pesakit kecelaruan panik dan pelajar perubatan membuktikan mereka bukan saja menghadapi ketidakselanjaran mental malah masalah biologi.
Menerusi kajian tersebut yang kini diguna pakai sebagai asas memahami pesakit mendapati cara pesakit kecelaruan panik mengakses sesuatu benda atau perkara tidak sama dengan manusia normal.
"Paling menonjol, mereka ini mudah melihat benda sebagai sesuatu yang negatif dan katastropik. Sebagai contoh, bagi perkataan neutral, mereka akan tenang.
"Namun apabila pakar menggunakan perkataan yang tertentu seperti mati, sesak atau lemas, mereka akan 'terangsang'. Malah, ada di antara mereka seolah-olah turut mengalaminya ketika itu," kata Azhar.
Pendekatan biologi dan psikiatri amat perlu bagi merawat kecelaruan panik kerana pendedahan seseorang kepada penyakit itu dalam jangka masa panjang akan mengundang masalah.
"Masalah itu bukan saja pada diri mereka malah juga kepada pasangan, ahli keluarga, tempat kerja malah persekitaran pesakit. Hingga adakalanya ia mengganggu rutin hidup pesakit itu sendiri," katanya.
'Serangan' yang berlaku di tempat kerja juga boleh menyebabkan prestasi seseorang itu menjunam kerana tekanan daripada mereka yang tidak faham akan penyakit itu.
Penyakit panik melampau juga tidak berakhir di situ. Jelas Azhar, gejala kemurungan, agorafobia hingga akhirnya melibatkan tekanan jiwa akan melengkapkan 'rantaian' penyakit itu.
Lebih membimbangkan, serangan panik melampau turut melibatkan kanak-kanak. Malah satu kajian oleh beberapa pakar di Persatuan Psikiatri Amerika Syarikat mendapati sebanyak 40 peratus perlakuan itu bermula sebelum pesakitnya berumur 20 tahun.
Cara rawatan, tegasnya, tidak hanya bergantung kepada ubatan serta terapi tetapi melibatkan kekuatan pesakit untuk melawan imaginasi panik tersebut.
"Memang ada ubatan khusus namun ia akan menyekat saraf katastropik daripada berfungsi sewajarnya. Dalam kata lain, pesakit akan tiada tindak balas langsung terhadap persekitarannya.
"Justeru, ubatan yang diberi hanya bersifat pelindung bagi menyekat saraf itu daripada menjadi terlalu sensitif di samping rutin terapi yang harus diikuti oleh pesakit," jelasnya.



Sunday, March 22, 2009

Punca wanita sering diperlekehkan

Situasi A

“Ish, lambatnya kereta di depan ni. Macam siput. Mesti perempuan yang memandu kereta ni.”

Situasi B

“Pastikan tiada kerja yang tertangguh hari ini. Saya tak mahu diganggu lagi hari ini dengan perkara-perkara remeh. Seharusnya anda boleh selesaikan masalah-masalah kecil sendiri,” arah cik Ani kepada anak buahnya. “Baik bos. Ini mesti datang bulan ni. Tak pasal-pasal mengamuk pula” ujar Azli sambil menggumam sendirian meluahkan rasa tidak puas hatinya.


Kedua-dua situasi di atas merupakan dua situasi berbeza, namun ia cukup menunjukkan bahawa wanita itu sering diperlekehkan tidak kira dalam apa jua situasi. Di rumah, di jalan raya, di pejabat dan di mana-mana sahaja, wanita sering dijadikan sasaran. Mungkin mereka menganggap ia sebagai gurauan kasar yang hanya diluahkan akibat rasa tidak puas hati.

Tidak pula untuk memburuk atau merendahkan martabat seorang wanita, namun tanpa disedari tindakan itu sebenarnya memperlekehlekehkan golongan wanita. Seharusnya, wanita itu diangkat martabat-nya. Malah, di sisi Islam sendiri, golongan wanita itu mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Tetapi, sanjungan yang sepatutnya diberi terhadap wanita tidak diberi seperti yang sepatutnya, malah wanita sering dipandang rendah dan dibandingbandingkan kebolehannya dengan kaum lelaki.

Apakah benar kaum wanita tidak berkebolehan sehingga selayaknya diperlekehkan dalam setiap keadaan?....renungkanlah...

Monday, March 16, 2009

bengkel LM

Tentatif seperti berikut;

28 Mac 2008M / 1 Rabiulakhir 1430H (Sabtu)

07.45 pg - 08.00 pg Pendaftaran peserta.

08.00 pg - 09.00 pg : Majlis perasmian.

Ucapan Aluan.
Oleh: Hasbullah Haji Mohamed.
Pengarah Bengkel.

Ucapan
Oleh: Y.Bhg Prof Madya Dr. Shamsiah Mohamad
Penyelaras Program Pendidikan Islam

Ucapan perasmian
Oleh: Y.Bhg Prof. Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar
Presiden, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia
(MUAFAKAT)

Penyampaian Cenderamata:

09.00 pg – 09.15 pg Rehat / Minum pagi

09.15 pg- 11.00 pg Ceramah I
Tajuk : Menangani Cabaran Melahirkan Graduan Rabbani Era Globalisasi
Oleh : Y.Bhg Prof Dr. Sidek Baba
Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

11.00 pg- 11.15 pg Rehat

11.15 pg- 12.30 tghr Ceramah II
Tajuk : Pendidikan Islam untuk Umat Abad Ke 21
Oleh: Y.Bhg Prof Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar
Presiden, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia
(MUAFAKAT)


12.30 tghr - 01.00 ptg Taklimat LDK
Oleh: Y.Bhg Dr. Zawawi Ismail
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

01.00 ptg - 02.00 ptg Makan tengahari / solat Zohor / Rehat.

02.00 ptg -03.30 ptg Forum Latihan Mengajar
Oleh: Y.Bhg Ustaz Rahimi Saad dan Dr. Zawawi Ismail
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

03.00 ptg - 04.00 ptg Taklimat Pengurusan Latihan Mengajar
Oleh : Y.Bhg Ustaz Rahimi Saad

04.00 ptg - 05.00 ptg LDK dan pembentangan.

05.00 ptg - 05.30 ptg Rehat / solat /minum petang

05.30 ptg - 07.00 ptg Sambungan Pembentangan

Sunday, March 15, 2009

trip ke melaka...!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang... salam...setelah penat semalam hlng, tb2 igt nk tls blog..hehhe,biarlah aku crita sdikit sbnyk perjalanan kami semalam...(xnak bc xpe), kmi memulakan perjalanan seawal jam 9 pgi..kemana? ke melaka la..pg menghadiri majlis perkahwinan classmate ktorg..tahniah aiza dan suhaili...Alhamdulilah..perjalanan kmi smooth je..xde sesat2nye!nsib baik ada kasy pembawak kereta yg pling mantap, teror dimuka bumi..kuikuikui..nsib gak kasy pena skolh cni dulu..1st time dtg melaka mata kesana kemari tgk pemandangan.cntik Melaka nih!heheh,cm jakun la plak..nsib gak ada peta berjalan kami,kuikui..kinit ngn peta hasil lukisan tngnnya..after 2 hours,kmi smpai.dlm kul 11 la..ngeh3..kmi antra yg pling awl dtg..dengrnya team lain sesat...:D. wedding tema hijau putih..cntik.secntik pengantin hr 2..(huuu,lmbt tul upload pic...)


ni pic aiza sblm nikah..mantain comel dan cantik...seri pengantin..mudah-mudahan kna badi pengantin bru ni...


sejurus smpai, duduk kt bhgn tgh smbil berehat..heheh

ni macik pya ngn bb chomelx!..cm ibu mithali la pya...sm2 comel..bb klu da besar mesti cntik..amin..hrp2 jd bakal muslimah sejati...

da selamat ijab qabul..pengantin lelaki memakaikan gelang tangan kepada pengantin perempuan...

after nikah, makan time.pic xterng sgt sbb sun kt luar yg jd terng sgt. bg efek dlm khemah..xpela, nmpk gak muka pasangan pengatin yg sama padan ni...Tahniah!

kinit, pya,kasy, ida, meng

bergerak pulang...thanx transformer bwk kmi jln..hehehe,sparuh jak nmpk rim dia..cian..

hehehe,bukan pulang terus...singgah bandaraya..bukan slalu pg,amik la ksmpatn ni jln2..ktorg b'gmbr ngn beca..cntik, pndai pacik 2 hias..tp xnaik pun..

xtau la nm apa ptung 2..tp yg pntg tmpt ni dulunya gereja..gereja st.paul..mgkn ms zmn portugis dulu.


tapak nilah bekas gereja 2..skrg da jd tmpt pelancongan.bnyk gak papan2 simen tinggalan yg mengandugi crita2 drng zmn dulu2 tp xsmpt baca..

pya ngan pacik duo kidal..kt blkng drg 2 papan simen bertulis..

yg ni bhgn tengah2 bangunan ni..klu perasan blkg drg ni ada perigi (dlm sangkar)..dulunya klu ada upacara keagamaan perigi itu lah akan dtemptkn perempuan2 b#### menari..skrg da jd tempat buang duit syiling tuk memohon hajat..

gaya candid sblm msuk pintu ajaib....love this pic!kuikui

rapunzel...rapunzel...let down u hat...ngeh3!

akhirnya!...smpai jugak aku kesini...huuu,stlh bertahun2 d semenanjung malaysia,akhirnya pegi jugak ke cni...dulu ms skolah menengah dpt tgk kt buku tex je..hehehe,skrg aku berdiri d hadapan kau wahai A Famosa...!

ida, pya, kinit, kasy..bergmbr kenangan ngn meriam buluh..kuikukui...mri kita tembak c yos..
sekian dulu, nnt aku smbung lg...perjalan semalam tidak terhenti setakat ini...

Friday, March 13, 2009

tugasan 4!

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN ISLAM
IXEB 4301
TUGAS 4

PERSEMBAHAN (30 markah)

ARAHAN

 Dalam kumpulan yang telah dibentuk untuk tugasan 3 sebelum ini, sila rancang untuk mempersembahkan cara menggunakan perisian bagi membentuk, mengedit atau menambah nilai mana-mana elemen multimedia.

 Contohnya ialah bagaimana mengedit gambar menggunakan Photoshop, merekod suara digital menggunakan Sound Forge, membuat GIF animated, membuat flash dan sebagainya.

 Setiap kumpulan hanya diberikan masa 7-10 minit untuk menerangkan langkah menggunakan applikasi.

 Sila sediakan sedikit nota kepada rakan-rakan yang menyaksikan demo aplikasi tersebut..

 Markah dikira dari segi kerjasama dalam kumpulan, jelas atau tidak penerangan yang diberikan.

 Setiap kumpulan hendak bersedia melakukan persembahan bermula dari 23 Mac 2009.

tugasan 3!

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN ISLAM
IXEB 4301

TUGAS 3

MEMBINA LAMAN WEB BERMULTIMEDIA (BERKUMPULAN) (30 markah)

ARAHAN

 Bentuk kumpulan yang mempunyai anggota 2 – 4 orang dan serahkan nama anggota kumpulan untuk diberi nombor kumpulan.

 Setiap kumpulan diminta merancang, mengumpul maklumat dan seterusnya membina sebuah laman web (website) menggunakan Dreamweaver.

 Laman web tersebut hendaklah mengenai salah satu daripada perkara berikut :
o Tokoh Islam (Silam atau Kini) – seorang tokoh sahaja
o Kumpulan atau fahaman dalam Islam seperti Wahabi, Salafi dll – satu sahaja.

 Laman web hendaklah bermultimedia iaitu gabungan teks, gambar, video (kalau ada) dan audio.

 Laman web hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 10 muka (page) html.

 Laman web tersebut hendaklah dihoskan di tripod.com di mana URL laman web hendaklah diselaraskan seperti berikut seperti berikut :

http://ixeb4301-16.tripod.com

di mana (-16) adalah nombor kumpulan yang diberikan.

 Laman web hendaklah sedia dilayari pada 1 April 2009. Sila khaskan satu muka untuk mencatit sumber rujukan kerana laman web anda boleh dilayari di mana-mana.

tangan itu...

Ketika sendiri dan sepi
temani diri dalam kesunyian
ku lihat ada cahaya senyuman disebalik kabus sepi itu
ku gapai huluran tangan itu
ku genggam dan ku hafal empunya itu

Aku bahagia
tatkala hiba dan duka melanda sukma
tangan itu tak pernah hilang dari genggaman
aku juga bahagia
kerana dalam suka dan tawa
tangan itu semakin erat dalam genggamanku

Masih segar di relung ingatan
kita bersama menyaksikan syurga dunia
impian yang kita angankan
dari semenjak aku gapai huluran tanganmu
senyum dan tawa menemani kita kemana jua

Hari ini genap setahun
genggaman yang ku pegang erat terlerai sudah
dalam keperitan dan kesakitan yang tidak tertanggung
kau hadir laksana malaikat
mengenggam erat tanganku seerat-eratnya
aku tersentak bagaikan ada keajaiban
perit dan sakit semakin hilang

Seandainya saat itu aku sedar
tidak menjadi tamak
hanya pasrah dan redha dengan takdirNya
aku tidak akan kehilangan genggaman tangan itu
rupanya keajaiban itu adalah dirimu
memberikanku penawar dengan pengorbanan

satu-satunya tangan yang selalu disampingku
dulu, kini dan selamanya
rasa genggaman itu tidak akan pernah pudar
tak akan pernah lupus dari kotak ingatan
mungkin akan berganti tapi takkan pernah sepertimu…

Thursday, March 12, 2009

no time for honeymoon!

ni dh msuk minggu ke-10,means ada lg 3 minggu nk hbiskn sem ni..pas2 xam then praktikal pas2 grad!!!!!sedihnya nk tingglkn UM..huhu..ntah la,smnjk dpt '......' hr 2.rs cm mls dh nk tls blog.bencinya!hehe,biarlah kesayangn hamba ckp biar je.em,td msuk klas puisi (dulunya ayh zubir yg ajar).sbb 2 td penyelaras dtg bincg cmne ngn kedudukn ktorg.yg sedihnya, scrap book xyah buat.huuu,yg 2 mmg amanat ayah zubir.tp td penyelaras 2 kt yg 2 xyah la buat...tp dpt tugasan bru la..cri koleksi puisi arwah ayah zubir pas2 ktorg compile cntik2 tuk kenangan then kna persembahkan ms ko-k minggu 14 nnt..huuuu..alhamdulilah tugasan 2 subj multimedia da settle..da siap upload pun..sape2 nk tgk boleh la,xde la hebat sgt.budak bru belajar..bru nk berjinak2 ngn multimedia.yg 2 pun da syukur sgt sbb buat ngn usaha dan daya kreativiti sendiri..tugasan 3 ni kna wat website plak..x sbrnya!

Tuesday, March 10, 2009

Teka-Teki Dari Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :


Apa yg paling dekat?
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di
dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap
yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Apa yg paling Jauh?
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Apa yg paling besar?
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Apa yg paling berat?
Imam Ghazali = " Apa yang palin berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Apa yg paling ringan?
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Apa yg paling tajam?
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "

lagu menurut Imam Ghazali


Imam Al Ghazali dalam bukunya Ihya' Ulumuddin mengklasifikasikan lagu yang dibenarkan kepada tujuh jenis:

1) Lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi tempat suci seperti Mekkah dan Madinah.

2) Lagu yang menaikkan semangat untuk berjuang mempertahankan negara.

3) Lagu yang membicarakan tentang pertarungan dan sikap tabah yang sukar mengalah walaupun pada saat-saat akhir.

4) Lagu yang mengenangkan masa lampau yang menimbulkan kesedihan yang positif. Menginsafkan diri tentang hakikat hidup yang sebenar.

5) Lagu yang menerangkan keadaan diri yang menghargai seseorang dan mengembalikan kenangan manis.

6) Lagu bercorak ghazal yang sopan yang menceritakan tentang kisah cinta dan membayangkan hasrat untuk bertemu pada masa akan datang.

7) Lagu yang menceritakan keagungan sifat-sifat Tuhan, memuji dan mentahmidkanNya.

kisah seorg sahabat setia

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman beredar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!
Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"
Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!
"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul
berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik. 16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !