Saturday, February 28, 2009
kursus pra perkahwinan APM
sabtu 28 february 2009..
5th tarik tali team
Sabahan's family day...
yes..dpt da upload , ni la grup aku..bju oren 2 ketua..his name is Aubrey..then, firdaus, ijan..yg sblh ijan 2 x igt sgt.huuu,sbb dia pendiam..
Thursday, February 26, 2009
1st xperience yg megujakan...
khamis...
oh ye, pya and yos...hadiah kmu 2 sensitif skit.ndak buli d publish...keh3
kisah itu..
Matahari pulang bulan datang
Semalam Isnin hari ini Jumaat
Usahkan Jumaat
Subuh pun tak sempat
Percik bak bunga api
Sana sini kelihatan
Cantik!
Hampir terpesona dengan keindahannya
Amat memukau dan menyilau pandangan
Tapi mengapa kanak-kanak itu menangis
Tua dan muda meratap hiba
Renjisan darah disangka keringat
Rupanya percikan daging bercampur temulang
Ya Allah…
Andai diri punya semuanya
Andai mampu menghancur lumat
Para zionis itu!
Akanku kembalikan kebahagiaan
Dan sinar senyuman di wajah mereka
Ya Allah…
Bantulah kami
Menamatkan segala kisah ini…
Selamat hari raya…
Selamat hari raya aidil fitri!
Rasa dihati tak sabar menunggu
Walaupun aku tahu puasa pun belum…
Dia datang!
30 hari mesti penuh
Banyaknya juadah sungkai
Habiskan jangan membazir
Sembahyang sunat terawih
Jangan lupa…
Selamat hari raya aidil fitri!
Ayah
Bonda
Anakanda susun sepuluh jari
Mohon kemaafan atas segala perbuatan
Jahil mahupun alpa….
Selamat hari raya aidil fitri!
Doa pada yang Esa
Semoga kita semua selamat…
Penawar yang menyakitkan
Sungguh,
Walau guruh mengundang hujan
Walau panas terik membahang
Meski kering air di lautan
Meski dilayur segala kekerasan
Dengan lenturan kelembutan
Kau tak mengenal erti jemu
Mengharap seberkas simpati
Menanti sinar harapan yang gemilang
Memberikanmu jawapan cinta dalam kepastian yang nyata
Menyulam kembali untaian mesra kau dan aku
Bersama menghirup embunan kasih sayang
Menyusur kembali fitrah dan sunnah
Maafkan aku,
Walau pernah pintu hatiku tersentak dengan ketukanmu
Walau pernah senyuman terbit di bibirku
Aku benar-benar pasti
Aku tak akan bisa
Melerai resah dan gundah di jiwamu
Kita tak akan pernah punya satu impian
Hanya penawar yang menyakitkan mampu kuberikan
Kerana sebelummu
Ada dia yang dulu membeli hatiku..
smbut hari raya bwh pohon yg rendang...

kekuatan lelaki dan perempuan...
kekuatan lelaki dam wanita
mutiara kata cinta
Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.
Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.
Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.
Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.
Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.
Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.
Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”
Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.
Wednesday, February 25, 2009
mampukah aku...
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama...
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tidak sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir airmataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya,yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai penghulu Syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwanya
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....
nyum2....!

nyum2....!deliciousoooooo....kek sempena umo 25 thn,Ya Allah...terima kasih kerana masih memberi peluang meghirup udara segar di muka bumi-Mu yang permai ini...thnx 2 my best2 fren, kinitto..kasy..pya..yos..susie..aja..(yg x kne sebut jgn merajuk ye, even x tulis dlm ni, dlm hati da tulis lme da...) ( kesayangan hamba list pling atas)..xsgkanya da msuk 25 tahun. kwn2 lain ada yg anak 3 da..xpe2 meng, ilmu itu berkah, penyuluh di kala kegelapan, bekalan di hari tua, dunia dan akhirat..tua kerana menuntut ilmu adalah lebih baik daripada getting older tp x wat pape...jap, aku upload pic kek dr sudut yg lain ek...cannot contact blogger plak...